LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, July 18, 2011

peruntukan guru ganti untuk guru bersalin tak ade lagi tahun ni?oh apela nasib...

sungguh saya sekarang berasa sangat pelik

bila baca pemberitahuan di portal PPD sebentar tadi

pengumuman tentang penangguhan Guru Ganti bagi guru-guru bersalin ? tak ada peruntukan lagi? apa kes?

maksudnya kali ni saya beranak, kawan-kawan di sekolah terpaksa back up kerja saya selama ketiadaan saya

tanpa bantuan guru ganti. masa beranak ali dulu pun macam tu..

beb.kali ni lama la.saya nak apply cuti bersalin 3 bulan.

err kasihan kawan-kawan.huhu

yang saya sangat musykilnye sekarang...apa kemendenye tak ada peruntukan??

baru je saya balik lawatan pegi tengok sekolah yang baru dapat 700 k . itu satu sekolah. kan dengar kata kpm nak senaraikan bagi cukup 100 sekolah yang berprestasi sama. 700 k darab 100 sekolah.mak haih..

sungguh jujur dari hati, saya bukan dengki....kalau nak dapat macam tu,kami para guru kenala berusahakan sampai boleh ubah status sekolah...

tapi yang saya musykil tu...kenapa peruntukan biasa kepada 'sekolah-sekolah biasa' macam kami ni..kena tarik situ?kena tarik sini...dalam masa yang sama telan air liur je tengok ada sekolah yang sampai tatau nak buat apa dengan duit yang banyak tu...?


kenapa 'sekolah-sekolah pencapaian biasa ' macam kami dianaktirikan?


itu belum sebut pasal projek PERMATA ..intan berlian kan...juta2 an dilaburkan untuk cari pelajar-pelajar berpotensi 'luar biasa'.

sekali lagi..yang biasa-biasa macam kami..dipinggirkan.

gile sedih. itu baru saya sebut pasal peruntukan guru ganti bersalin yang 'ditiadakan'. belum lagi peruntukan lain yang ditarik2 suka suka hati....:(

ini tidak adil......sob sob.


o/s:kiterang siap nak buat program,cikgu2 kene collect duit secara personal..minta sponsor merata..buat tebai muka. oh.

7 comments:

Bionic women said...

yg pasti sekolah2 yg berprestasi tinggu tu kebayakannya di bandar2 besar yg ramai anak2 datuk duk situ, yg mak bapak mereka sampai xtau nak tulis berapa pendapatan seisi rumah sebab x terkira. huhu.
benci sangat, siap cakap pasni nak cari cikgu lelaki jer bagi mengatasi masalah guru bersalin. ampeh..
bukan mahal sangat pun bayar cikgu ganti tu

Diyana said...

diyana rs sedih sgt tu..sebab baru je balik sekolah org yg cikgu2 dia siap bawa budak2 pegi motivasi di jakarta..punyala nak manfaatkan duit yg banyak depa dapat tu. tetiba balik2 buka portal baca pasal tiada peruntukan untuk guru bersalin.kesian ooo kawan2 di sekolah yg nak kene back up diyana 3 bulan tu. nasibla beranak hujung2 nak cuti skolah dah..klu org lain,jenuh oo..lagi terbeban la cikgu2..nak beranak pun,jadi isu...:(. rasa macam hak pekerja sudah dipijak2.nak beranak pun salah..:(

atulhani said...

aku cuti bersalin pun tiada pengganti.. malah.. masa cuti kahwin sebulan campur hanimun dulu pun takde ganti..

Diyana said...

atulhani:itu mungkin sbb TM memang tak penah buang tebiat la kan nak amik staf gantian..ni kiterang kpm buang tebiat tarik suka2 peruntukan yg sedia ada...*aha,apapun skrg mmg ramai pandang serong pun..derang cakap,cikgu pompuan memang suka beranak. dah memang namanye staf pompuan yg berstatus guru ramai,mestila nampak berduyun2 je beranak...hahaha.cikgu takde bonus ke takde OT nak claim2 atul..sob sob

mzhany said...

erkkk, kalau mcm tu diyana, bertambah la kerja cikgu yg kena ganti diyana nanti...ishhh kesian la pulak...

transformed housewife said...

nilah jdnya bg peruntukan yg tak kena tempat. yg dok bg netbook kat budak2 skolah menengah tu mcm membazir jugak. Dr bg netbook baik bayar dulu guru ganti. dah mmg perempuan dah fitrahnya bersalin tak kan nak ketepikan hak kita pulak.

atulhani said...

donat: macam lah aku ada OT... claim tu ade la, tp takde la byk... tu pun claim kalao ada meeting kat luar.. lain2 claim lagi takde tauuu.. huhu