LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, January 11, 2012

ringan mahu sama dijinjing,berat sorang2 pikul..hmm

ada kenalan saya bagitau saya..


isteri2 yang bekerjaya jangan terlalu mendabik dada dengan suami,punya duit sendiri..pastu ingat boleh habiskan suka2 hati. sekiranya suami tak izinkan isteri bekerja,ingat bolehke..perlu sentiasa ingat,tanggungjawab untuk ringankan beban suami yang letih memerah keringat siang dan malam...


okay.


pandangan saya,


cari nafkah bagi bini makan,anak2 makan,sediakan tempat tinggal untuk isteri dan anak2 berteduh dan didik isteri dan anak2 di jalan yang benar adalah tanggungjawab hakiki seorang suami.takde sape boleh sangkal. setiap keringat yang suami keluarkan, ada tertulis tanggungjawab kepada isteri dan anak2 dan juga kedua iba bapanya.


konsep 'ringankan bebankan suami' yang saya faham adalah..isteri boleh gunakan sesuka hati duit pendapatannya untuk reward diri sendiri , anak2 dan juga suami untuk sekali sekala  bersuka ria dan bershopping tanpa perlu minta duit pada suami setelah penat 24 hours uruskan keperluan suami dan anak2. dan sekiranya, suami kesempitan,  isteri perlulah dengan lapang dada hulurkan bantuan.


kalau betul kenalan saya tu nak hak tanggungjawab sama rata antara suami dan isteri..boleh saje.


duit sama dikongsi...
cuci rumah,lantai,baju 4 - 5 kali sehari pun sama2..
berjaga malam pun sama2..
basuh berak anak pun sama2..


mampu?


bukan semua suami mampu.


jangan sesekali persoalkan ke mana perlu disalurkan duit pendapatan para isteri...


isteri yang bijak, dia tahu tanggungjawabnya menjaga keluarga..:D



12 comments:

atulhani said...

kalau menurut kakak aku, yang pasti, suami sebenarnya takde hak nak ambil duit isteri....

dan konsep suamiku (setelah mendapat pesanan seorang kawan), walaupun isteri bergaji besar lebih dari si suami, suami wajib bagi duit nafkah..

harnidahussin said...

saya sokong..
dalam agama kita pun dah ajar pasal suami haram makan duit isteri..nak sangkal apa lagi?

tak tertulis pun kerjarumah tu kerja isteri semata2..gi check al quran..gi check hadis..

sedangkan nabi pun menyinsing lengan baju bila balik tgk isteri baginda tengah wat kerja dapur..
inikan pula suami kita yg jauh sekali nabi..
takkan depa lagi tinggi taraf dari nabi sampai tak leh wat kerja rumah langsung? kalau depa nak pahala lebih..ikut sunnah >> tolong bini wat kerja..hihi

fikir2kan lah...

Nur Sakinah Ahmad said...

saya dan suami kongsi segala-gala...semua kami "tong-tong"..dr perbelanjaan anak, rumah, buat kerja rumah etc..takdak istilah sy nak "kawai duit gaji sorg2" sbb gaji kami pon lebih kurang ja..

suami jugak bagi duit nafkah (sbb dia tau tanggungjawab dia) dan saya mintak bayaran seminimal mungkin.

lain nakhoda, lain bahtera :)

ch@ said...

akak, akak lahir bulan berapa? tahun apa? sebabkan pendapat akak selalu sama dgn kita. alhamdulillah biasanya pendapat kita buat shopping baju anak-anak, kadang2 beli juga keperluan dapur. walaupun abi tak minta. rela hati, dia tetap beri nafkah walaupun tak buat kerja rumah. huhuuu.

Diyana said...

atulhani & harnida: hmm aah. ya betul..tapi kita isteri..tak kan la nak buat kering kan..itu yg kene berlapang dada membantu di kala suami perlukan bantuan dr segi financial .dan tak salah kite nak reward diri sndiri dgn duit gaji kite..bkn utk sapa pun.beli baju cantik2 utk anak2.boleh beli mcm2 yg dlm kategori kehendak tanpa perlu susahkn suami..;)

kinna:husben kinna boleh dikatakan 1 dalam 100..ke 1000.:D yg mampu handle dan galas sama byk tugas isteri di rumah..jadi bukan 1 masalah pd kinna utk share everything .bukan senang nak cari tu..;).

cha:kak lahir bulan mei..gemini.heh.awat sama ka?kalau sama..sbb itula..sama kepala.heh.hmm mcm akak pun,bukanla shopping sampai pengsan tiap2 bulan..shopping pun baju anak2..nak jg tengok anak2 pakai lawa sket..gi spa,belikan baju2 sndiri,belanja family makan,hulur kat parents sndiri..apapun,kite beringat kan..saving pun tak lupa. :D

Liz said...

still ingat apa ustaz ckp psl kursus kahwin. lebih kurang beginilah:

suami, jangan suka-suka nak minta duit isteri. sepatutnya, suami yang beri duit kepada isteri. walaupun isteri tu bekerja, kamu tiada hak. kalau isteri nak bagi, itu kira dia bersedekah. kira dia menolong kamu.

isteri ni orangnya peka. kalau dia nampak kamu susah, walaupun kamu tak minta duit dia, dia sendiri akan tolong kamu. dia sendiri akan hulur duit. kalau dia tak hulur duit pun, dia keluarkan duit dia utk beli brg rumah.

kamu tak percaya? tunggu kamu kahwin dulu --- lps tu ustaz tergelak.

dah kahwin, mmg sebijik2 terkena kan?

NM said...

hm..benda ni takkan jadi isu kalau masing² betolak ansur dan faham tanggungjawab.bila dah berumah tangga, semua kesusahan dan kesenagan kena pikul sama²..mcm aku,kami saling support mana yg tak ckp.bila dh kawin ni, takkan dgn suami sendiri pun nak berkira..

Diyana said...

liz:hmm a ah..hehe.

lin:itula yg aku kata,isteri yg bijak dia tahu uruskan familinye..dah die keje,kot mana pun mestilah scr tak langsung membantu suami ringankan beban ,boleh skali skala nak ajak2 suami n anak2 horey2 tanpa perlu push suami yg keluarkan duit. yg isu aku nk highlight kat sini..bila mana ada yg mmdg serong bile tgk ade isteri2 yg bershopping sakan ala2 habiskan duit laki gitu. dah bini tu keje, adele masa die nak guna skit duit die tu utk reward diri sndiri..;)

Unknown said...

pada saya mesti give n take sebab hidup especially kt bandar mencabar...suami tolong isteri dan isteri kenalah tolong suami juga

harnidahussin said...

ehh..nak tambah sikit leh..

sokong apa yg Liz Rohaizat cakap (siap ingat kursus kawen..hebat!)

walaupun kita bekerja..walaupun suami tak minta duit kita..tapi kita akan rela hati beli sama barang rumah..membantu apa yg patut tanpa diminta...itu pun kalau suami tak berkira dgn kita..

agak2 la..kalau suami tu kerja rumah pun langsung tak mau tolong..nak di layan macam raja 24 jam tanpa pikir si isteri pun penat dan perlukan rehat..kita dilayan macam org gaji..korang rasa isteri tu nak rela hati ke tolong suami?

baik layanan suami..1000x baiklah si isteri akan cuba beri..perempuan kan suka berkorban utk insan yg kita sayangi..

apa yang penting..sama2 tolong each other..
yg haram tetap haram..yg halal pun leh jadi haram..(duit isteri hasil titik peluh adalah halal..kalau suami amek tanpa keredhaan isteri dah jadi haram duit tu utk suami)

tapi kalau kita nak bagi..kita redha..then no problem...

Diyana said...

hmm yerp harnida.itule main point aku.aku tak bermaksud yg isteri2 perlu berkira gile2 dgn suami.cuma skrg ni,byk senario sebaliknye. yg isteri punya kerja mcm org gile.dah habis kerja pjbt,sambung plak buat kerja2 di rumah..layan anak2,layan suami..tp ada suami yg tak mnghargai. kpd suaminye yg prihatin sanggup bergolok gadai sama2..tahniah.kita mungkin bertuah di kurniakan suami yg prihatin dan penyayang..cuma kesian,di luar sana..ada yg buat bini cam hamba.

Unknown said...

boleh bincang bersama suami isteri. Xperlu nak marah @ masam muka. Rumah tangga kita kalo sayang jaga baik2.