LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, October 13, 2009

Bersalin Normal Selepas Caesarean (VBAC)

damia @ 1 day.masa ni nampak macam lurus je rambut die..hehe



Hmm,saja saya nak kongsi dgn kekawan pasal info yg saya dapat dr satu laman web hal ehwal kehamilan ni..and saya boleh kategorikan entry ni sebagai entry untuk legakan hati diri sendiri..hehe.

*kredit to http://www.alamhamil.com/ for the article.

Bersalin Normal Selepas Caesarean (VBAC)

Berakhir sudah ungkapan, bila sudah caesarean akan sentiasa ceasarean. VBAC atau vaginal birth after casarean ialah kelahiran secara normal selepas pembedahan ceasarean. Pengalaman perubatan telah menunjukan lebih dari 70 % wanita berjaya melalui kelahiran normal walaupun sebelumnya dia melahirkan melalui c-section. VBAC adalah lebih selamat dari caesarean berulang dan tidak menimbulkan risiko yang tinggi terhadap wanita.


Kenapa saya perlu VBAC?

Terdapat banyak kebaikannya bersalin secara normal. Antara kebaikannya adalah:
-Kurang risiko kematian
-Kurang komplikasi
-Boleh mencegah dari tumpah darah yang banyak, darah beku pada kaki, jangkitan kuman pada usus dan pundi kencing.
-Menyusu badan lebih senang kerana rasa kurang sakit selepas bersalin.
-Kosnya lebih murahBayi juga lebih bermanfaat kerana :
-Kurang risiko untuk kejadian kelahiran pra-matang
-Kurang masalah pernafasan selepas lahir
-Kurang risiko kematian bayi




Risiko VBAC-> Ni yang lemah nak dengar ni..tapi kena amik tahu juga..

Risiko yang paling ketara bagi mereka yang pernah melalui pembedahan secara caesarean ialah risiko pecah rahim. Risiko ini lebih kerap terjadi pada pembedahan klasikal dimana hirisan rahim dibuat secara vertical bukan horizontal seperti sekarang. Parut pecah sangat jarang berlaku kerana hirisan secara vertical tidak lagi diamalkan dan menurut kajian terkini, risiko untuk parut pecah semasa menjalani kelahiran biasa adalah kurang dari 1%.

Adakah saya calon untuk VBAC?

Anda adalah calon yang sesuai sekiranya:

*Caesarean dahulu bukan pembedahan klasikal ->ya..saya calon yang paling tepat.huhu

*Pelvis yang bersaiz normal ->normal aa.

*Sebab pembedahan dahulu tidak ada untuk kehamilan sekarang, sebagai contoh bayi besar, darah tinggi atau uri dibawah. ->haa..ah. dulu masa Damia,bukannya sebab saiz dia besar ke,darah tinggi ke hape..cuma sebab ketuban dah pecah terlalu awal, pastu bukaan sampai 7 cm tp dah lebih dari masa dah saat tu..doktor takut Damia lemas..

*Bersedia secara fizikal dan mental untuk bersalin biasa->I'm ready now.Fuhhh!!

Ya Allah, permudahkanlah kelahiran anakku kali ini..aminnn...

Monday, October 12, 2009

Beza lelaki ngan perempuan mase lunch time

Lelaki

1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau

Perempuan

1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati..masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke??tak bersih?..eeeeiiii.
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi?sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling>
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku ambik"
30. Sampai depan kaunter "berapa?"
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah
gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa.Duduk. .
40. Alamak.Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan0 tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh..kenyang Sebab dah minum air
57. Letak sudu, letak garpu
58. Pinggan tolak tepi
59. Borak2 kater makanan tak sedap
60. Ngumpat2..tgk orang
61. Pukul 2, naik opis..
62. Ambik beg makeup, g surau!!!!!

p/:s: Ye ke? Certain pompuan je kot...tak pun ,tengok masa la juga kan..hehe.

Monday, October 5, 2009

Alleycats

Kisah di sebalik gambar:
Damia masih boleh berada dalam keadaan tenang walaupun rambut memenuhi biji mata dia..hehe. Saya berhajat nak gunting rambut minah afro ni bila umur dia genap 1 year 24 okt ni,tapi itula..ramai sangat yang membangkang..kata suruh tunggu dulu tengok rambut Damia ni nak panjang sampai mana. Hmm,tp dari penglihatan mata kasar saya la kan, rambut Damia ni tak kan memanjang..dia akan kembang dan terus kembang sehinggalah dia layak join group Alleycats...trima kasih!!!...haha

Hmm..jarang saya stori pasal perkembangan baby dalam perut skang ni..bukannye apa,kekadang saya sendiri terlupa yang saya tengah preknen lagi..tapi bila sesekali adik Damia ni buat akrobatik and tendang2 perut ,barulah teringat yang saya tengah preknen..hehe.

Kiranya masa preknenkan Damia dulu,saya n en suami sentiasa mengira detik n waktu untuk berjumpa dengan Damia,tp utk kali ni, kami berdua agak relaks sikit..itu yang sampai tak perasan masa berlalu dengan pantas..and lagipun, kali ni saya sendiri telah get ready n dah tahu camne nak hadapi saat2 kesukaran macam morning sickness n masa tengah letih sepanjang membawa perut ni.

Alhamdulilah,Damia pun tidakla buat perangai sangat. Damia pun macam paham aje yang mamanye bukan berdaya sangat nak wing dia ke sana wing dia ke sini ,jadi Damia pun banyak merap dengan papa..

Slaloo pkl 2 ptg pas abis skolah ,saya amik trus Damia dari rumah pengasuh, Damia masa tu biasanya dah tengah ngantuk sangat..so balik rumah je,dia tido n kekadang tu saya pun tidurkan diri dulu untuk lepaskan lelah seharian di sekolah..hehe,seharian la sangat..setengah harian kot..kalau Damia tak tido pun, saya letakkan dia dalam baby cot,main2 dengan Togel n kawan2 seangkatan Togel..sempatla saya uruskan hal ehwal rumah untuk beberapa ketika. And kalau Damia tak meragam lagi untuk jangka waktu yang lama..saya sempat untuk sediakan makan malam untuk en suami.[masak awal sikitla,b4 6ptg dah kene siap].

Bila dah malam hari, slaloonya masa ni turn en suami tengokkan Damia..saya bolehla uruskan diri,dapur n basuh n sidaikan baju2. Bila jam 10 malam pula,slaloonya Damia dah ngantuk. Dodoikan dia kejap,kasik die main Togel n nenen susu..dah pun dia lelap. Mamanya pun, takde le lama sangat bersengkang biji mata..kebiasaannya lepas dah iron baju nak pakai kerja keesokannya and lipat kain baju yang dah kering, saya pun join Damia tido. En suami karang dlm kul 1-2 pagi,barulah dia tido..

hmm, dalam banyak2 kerja di rumah..saya memang paling suka..eh suka ke perkataan yang sesuai digunakan??hmm..bukan suka la..dah memang tabiat kot..saya memang paling kerap kutip baju2,n basuh.Pastu kutip n lipat trus masuk almari..memang hari2la saya..kira macam dah habit. Kerja lain tu,kira boleh lagi saya tangguhkan 1-2 hari tak pun, lambat2kan..hehe,tapi bab2 kain baju ni..hmm..pasaipa ntah..alegic btul tengok kain kotor...huhu..

tabiat ni ada juga tak eloknya..en suami penahla juga tegur,disebabkan saya suka sangat capai aje2 kain baju dia pastu trus masuk mesin basuh..padahal dia baru aje tanggal kejap..nak masuk toilet..hihi.sori la yang..memang habit.

eh sambung balik..

Kalau dulu, masa Damia baru 3-4 bln memang dia kerap bangun.Tapi skrg ni, legala juga..dia dah boleh tido ikut rutin mamanye. Kekadang tu,dia langsung tak jaga pun malam..siankan mama kot kan.itu yang dia pun tido je,tak bangun2.And kadang2 tu,saya yang paksakan dia bangun, minum susu..itu pun boleh lagi dia minum susu sambil pejam mata..haha.

Pukul 6 pg,dah bangun semula nak pegi sekolah semula...

Itu rutin masa saya tengah larat la..kalau sampai waktu yang saya letih sangat, or adik Damia lasak sangat dalam perut...hal ehwal Damia, memang saya serahkan pada en suami 100%....huhu.contohnya malam tadi la, tetiba saya sakit sangat di bawah perut..dah ala2 macam nak bersalin plak, saya memang amik bantal..tido trus..huhu...agaknya terlalu banyak bergerak n berjalan yang kunun2 macam tak bawa perut..padanla muka..Damia ke mana, en suami ke mana..sedar2 pagi, dua2 orang tu tengah nyenyak tido berpelukan kat sebelah saya...hmm..cian papa n anak sorang ni...

Erk,ni entry caca merba dah ni..macam2 ada..kayla,sambung len kali.nak gi tengok Renjis 2 jap..dah 4.30 ptg dah ni.heh