LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, July 6, 2010

Kenapa budak pandai selalu keje doktor n engineer

*Blogspot bengong hari ni.penat je saya comment blog kawan2.pesal tak da ek?haish..pastu plak yang view blog ni ramai dr europe belaka.jarang sgtla saya dpt visitor dr europe ni.slalo msia ja.pasai pa?pasai pa?sapa budak celik itu,gitau sikit reasonnya..huhu.rajin plak dr europe sana dok menspy blog msia ni..


5 Arif,1999

Tadi masa tengah un tag kan gambar2 kat fb, saya terperasan gambar ni yang ditag oleh sorang member sekolah.

ahahahahaha.mari gelak panjang dulu.

ok.sambung balik.

kat caption gambar ni,member tu tulis ..'Kelas 5 Arif yang skema sungguh'.

ceh.cam haremm jek.

saya tak suka kenangan masa di kelas ni. sungguh. 1 tahun bersama budak-budak-yang-boleh-buat-latihan-add math-sebijik-macam-skema jawapan-cikgu ni..adalah tahun paling memeritkan bagi budak yang belajar main main macam saya.gila tension!

masa form 4 ,saya bahagia sebab dok kelas kedua.belajar pun tak tension. bila akhir tahun,naik shekh apa ntah,result bley elok plak.nama bley lekat dalam kelas Arif ni..weh,aku gi jumpa cikgu naa.nak mintak turun kelas,sbb saya sangat fobia dengan budak2 dalam kelas ni....depa pandai tak masuk akal.huhu...

disebabkan kemurungan fobia dengan dieorang suma..makanya ujian 1 masa form 5,saya dapat SAP.haa..btui.tak salah tu..memang Sap.sijil am pelajaran .sebabnya..saya tension.langsung tak jawab soalan.maka semua subjek F.kaunselor.pengetua panggil mak abah.mak saya siap salahkan boifren masa tu ..ahaha.bukan salah dia la,mak.memang ana yang tension.

dalam semua ujian,exam ka...saya ja nombor tercorot.last.

cuba korang carik saya mana?cepat.cepat.3 saat je cari.cepat.atul.zuda.nani.yana.korang dikecualikan.hehe

yang duduk sebaris dengan saya..kiri saya pn anis sekarang ni adalah seorang doktor.sebelah saya juga, marfuah..mentor add math saya,juga adalah seorang doktor.dok UK lagi,dia takmo balik kot.ahaha.sebelah marfuah..balqis..yang ni engineer.sebelah balqis akma..yang tu pun doktor.

yang barisan di tengah, dari kiri atul,exec Tm,aina sue engineer, marini lecturer kolej mara,rena biz women,saira engineer,naza..hmm,kawan yang sorang ni..saya tak sure dia keja pa,ffazida engineer jugak and tengku hasnita..doktor.

boys dari kiri,so ot..engineer tak salah.luqot engineer jugak.apai engineer.feizol usahawan it kalau tk silap.adzreil doktor.aman..yang ni sorang lain,dia pilot.pastu sebelah aman adalah pak am,sazly,cepoi ..tiga depa pun engineer. sebelah cepoi,zamri.zamri doktor yang berpangkat leftenan..ni lg mantop dua2 dia balun. and last tu,zulkapli.yg ni kepala otak cam komputer..saya paling tak bley nak cerna otak bila dok makmal fizik ngan depa semua ni..boleh dok argue cikgu lim masa dalam kelas..setiap kali depa dok respon mana2 soalan dr cikgu,saya nganga je.sebab saya bengap gila fizik.itu yg dapat kredit 5 ja.orang lain semua dapat a1 tak pun a2.huwaa.

walaupun saya terasa keazabannye duduk sekelas dengan budak2 otak sponge ni..saya nak ucapkan terima kasih jugakla pada depa.kerana takutkan pengetua panggil saya lagi,makanya saya gagahkan diri juga belajar.walaupun tak boleh dapat full mark dalam add math macam marfuah ,tapi dengan bantuan dia dan kawan2 lain jugak...add math saya kredit dan saya bulih dapat single aggregat dalam spm.semuanya pasai hangpalah! tu yang bulih gak i menjejak kaki ke menara gading tu..kalau study sorang2,i dapat gi menara kl ajalah...huhu

Sunday, July 4, 2010

World Hijab Day


1st July ..World Hijab Day


seruan?saya takde seruan apa2.for me, hal tudung mentudungkan kepala adalah hak peribadi.wajib tetap wajib.hukum hakam masing2 dah tahu. aurat bukan sekadar tutup rambut.kan.kan.


nota dari kaki saya: saya pun masih belum sempurna.aci lut at at jugak kenkadang.gi buang sampah kat depan rumah,ingat ada ke lesen bley lenggang kangkung bogelkan kepala?mana ada.tapi saya buat2 macam boleh. sendirik tanya.sendirik jawab. huhu

Friday, July 2, 2010

Jangan Lupa Jadi Isteri Setelah Bergelar Ibu

saya jumpa artikel ni.KAT SINI.garapan dato dr hj fadzilah kamsah katanya.

Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi,sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

ok.fine.fine.

artikel bersambung lagi..

Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri,ambil nasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan.
Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.

Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, “Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi….”. Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, “You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah…”

Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut nanti ada isteri2 yang makan hati akhirnyer bila suami menyatakan keinginan utk beristeri satu lagi…:).. Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan kita… sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat… sehinggalah suami kita memaafkannya. . Kerna itu.. seboleh2nya. .jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh, hentikan dulu kerja2 yang dilakukan.. temani suami buat seketika utk memenuhi keperluan dirinya.. tak semua semua inginkan seks semata2.. ada yang hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknyer. ..


oohh..hmm.betul la kot..

Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri. Pesan beliau, “Isteri jangan lupa menjadi isteri”. Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain. Jangan sesekali ambil remeh perkara begini..biasernyer bagi lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara utk dier lepaskan bebanan kepala setelah seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu… tatkala itu..dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan meringankan bebanan emosi nya..

Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannyer berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2..ini silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi.. .suami tetap merupakan “Anak Sulung”… walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasa didahulukan. …;)



hmm...ok..

Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada “pendinding” akan sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya ‘Pak cik’ adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan.

Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram…dan dikala ini apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.



tamat artikel

dan ada satu respon yg mengusik pandangan saya

faiz Says:

July 1st, 2010 at 2:59 am
begitu lah isteri sepatutnya. tapi kalau semua urusan anak2, makan pakai, kerja sekolah, siapkan barang sekolah & nursery anak semua isteri yg uruskan, then para suami yg balik keje hanya baca paper & tgk tv still harap isteri nak layan dirinya dr hujung rambut sampai hujung kaki? kencing berak anak tak peduli, anak nak tidur pun isteri juga tidurkan mcm mana suami expect isteri nak melayan suami segalanya? sama2 keluar mencari nafkah keluarga tapi bila bab urusan anak dan rumahtangga hanya isteri sajakah?

nota dari kaki saya: Terima kasih, en faiz. :).beberapa baris ayat anda, mungkin telah membetulkan pandangan serong kebanyakan lelaki terhadap peranan isteri..





gebunya zizie..saya suka dia.^^