LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, January 30, 2012

Arnab & Harimau


Ikut kalendar Cina, Affan lahir tahun arnab dan Ali pulak tahun harimau ^^

sedang suspen menantikan saat si harimau tu ngajor si arnab sebelah tu kecahkan rumah...haha.

Sunday, January 29, 2012

Dunia di dalam tangan

Dunia ni..kita kena letak dalam tangan,senang nak tadbir.


 jangan letak dunia di hati sebabnya bila hati dah jatuh cinta dengan dunia..musnah semuanya- Atuk[Jalil Hamid] dalam drama Kalau..Pokok Tak Berbuah ^^. 


 makan dalamm....:)

Friday, January 27, 2012

9/10

saya bukan kaki bisnes dan saya tak reti pun nak carik duit lebih


tapi Alhamdullillah, sejak suka2 upload gambar mia dengan saya pakai telekung yang mak jahit kira2 2 thn lepas..tak sangka, telekung mak saya dah jadi income tambahan famili saya...;). itula,kalau saya tau kuasa intenet memainkan peranan besar..dah lama dah saya buat. takpe. belum terlambat..:D


terima kasih kepada pemborong2 yang kadang2 'menakutkan' saya dan mak. ada yang siap bank in duit ..pastu 'paksa' mak sediakan stok telekung.. bukan takat 10-20 psg.kadang tu minta 200-300 pasang. bank in banyak2 tanpa rasa curiga..punyalah percayakan kami. terima kasih sekali lagi. 


buat masa sekarang,mak saya cuma ada 2 orang tukang jahit mahir. 3 la termasuk diri dia sendiri..itu pun memang tak dapat menampung permintaan.


sebelum ni,mak ada gi ajar banduan2 kat penjara Pokok Sena. mak cakap,derang jahit cantik juga. tapi disebabkan kekangan masa nak ulang alik pergi penjara,so sekarang limit takat kudrat 3 orang sahaja.


anak2 tak leh tolong?semua tangan pengkaqq..tak pandai jahit..:P



bonus untuk pekerja2 berdedikasi...^^