LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, August 20, 2009

ILI - Influenza-like Illness

Hmm,skang ni..saya perhatikan majoriti dari kita panik dengan kehadiran wabak selsema babi ni..huhu..sehingga satu tahap,saya sendiri dah naik panik..tambah lagi saya kat sekolah yang sememang sentiasa berhubungan dengan customer utama saya iaitu murid-murid saya..Setiap pagi,guru-guru diwajibkan memeriksa suhu badan anak murid..[kalau cikgu yang demam, sape nak tolong check kan?huhuhu..]..ramai tau yang demam n suhu badannya tinggi..and kiterang pun diarahkan segera membawa murid-murid ni ke hospital sekiranya suhu badan mereka melebihi 38 darjah celcius..

Tapi...arahan ni merupakan arahan awal-awal je masa wabak H1N1 tengah menular.. arahan ni akan berubah dari masa ke semasa mengikut keadaan perkembangan penularan H1N1..and sekarang ni, timbul lagi satu istilah [ bukan baru la istilah ni, cuma baru kedengaran baru-baru ni] yang doktor-doktor gunakan..Influenza-like Illness [ILI].

Korang dah penah dengar belum?

ILI a.k.a Jangkitan Akut Pernafasan dan Sindrom Seakan-akan Selsema ini merupakan diagnosis perubatan bagi kebarangkalian influenza . Simptom-simptom ILI termasuk demam, mengeletar anggota badan, batuk, kehilangan selera makan, lenguh-lenguh anggota badan

And kat bawah ni, kenyataaan terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung perkembangan Semasa Pandemik H1N1 setakat semalam, 19 Ogos 2009.

source: http://h1n1.moh.gov.my/KenyataanAkhbarTerkini.php

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia19 Ogos 2009

Dimaklumkan sehingga 19 Ogos 2009 jam 9.00 pagi sejumlah 1468 pesakit influenza like illness (ILI) sedang dirawat di 86 buah hospital termasuk 6 hospital swasta di seluruh negara. Dari jumlah tersebut, 257 telah disahkan positif H1N1. Pada masa yang sama seramai 134 kes telah di discaj.
Dari 257 kes yang disahkan H1N1, 36 kes berada di ICU dimana 7 kes merupakan kemasukan baru sementara 4 kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 36 kes yang sedang dirawat di ICU, 21 kes (58%) mempunyai faktor risiko iaitu diabetes (5), penyakit kronik (4), asma (3), hamil dan bersalin (3), obesiti (2), kanak-kanak istimewa (2) dan kanak – kanak di bawah setahun (2). Untuk makluman, tiada kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) dilaporkan pada hari ini.
Kementerian Kesihatan mendapati masih ramai pesakit yang mengalami jangkitan influenza A(H1N1) yang tidak memberi kerjasama yang baik dalam mengawal penularan influenza A(H1N1). Berikut adalah saranan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan untuk membendung penularan penyakit ini :-

Orang ramai yang mempunyai simptom influenza perlulah lebih bertanggungjawab untuk tidak mengunjungi tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah, melancong, pergi ke tempat kerja atau sekolah serta menaiki kenderaan awam. Perbuatan ini boleh menularkan jangkitan influenza A(H1N1) kepada orang awam dan kebimbangan adalah jangkitan kepada mereka dari kumpulan berisiko.

Mereka yang bersimptom influenza walaupun ringan, masih boleh disebarkan kepada orang lain apabila mereka ini batuk atau bersin. Oleh itu sesiapa yang mempunyai simptom influenza mesti berada dirumah atau jangan mengunjungi tempat awam, tempat kerja atau sekolah sehingga tiada bersimptom lagi.
Sekiranya mereka yang bersimptom tapi perlu juga melakukan aktiviti luar rumah yang amat mustahak, mereka mestilah memakai topeng muka dan mengamalkan kebersihan diri sepanjang masa.

Kementerian Kesihatan ingin menjelaskan sekali lagi bahawa rawatan antiviral hanya diberikan kepada 3 kumpulan berikut tanpa perlu menjalani ujian pengesahan influenza A(H1N1):

* Individu yang mempunyai simptom influenza-like illness (ILI) dan mempunyai faktor risiko.
*Individu yang mempunyai simptom ILI, tanpa mempunyai faktor risiko tetapi mempunyai demam yang tinggi (>38°C) berpanjangan (lebih daripada 2 hari).

*Individu yang telah menjalani ujian “rapid test” serta didapati positif, mereka akan diberikan rawatan antiviral jika mengalami simptom jangkitan menjadi teruk dalam masa 48 jam.

Orang ramai juga terus diminta untuk sentiasa mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapatkan rawatan segera bagi mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1).
Maklumat dan perkembangan semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-­88810200 dan 03-­88810300.
Maklumat terkini juga boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia
http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.

Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih di atas kerjasama orang ramai. Tindakan tepat anda dapat membantu kami memberi perkhidmatan yang berkesan.
Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICANKetua Pengarah Kesihatan Malaysia
Tarikh: 19 Ogos 2009
p/s: So rakan-rakan sekalian..kita janganlah terlalu panik dengan situasi sekarang ni..kerajaan sedang berusaha bertungkus lumus mengekang penularan wabak ni..yang PALING UTAMA, kita sama-sama menjaga etika kebersihan, amalkan pemakanan yang baik dan BERTAWAKAL kepada Allah semoga sentiasa melindungi kita dan ahli keluarga dan masyarakat dari sebarang musibah..AMIN.
Tetiba saya rasa kasihankan kekawan saya..macam Ayu n Ita yang rasanya sampai hari ni ntah tido ke tidak..asyik on call aje kat hospital,tambah lagi sekarang ni dengan kes-kes kronik kat hospital..dah le gaji dieorg 'sikit' nak dibandingkan doktor-doktor swasta ..
so,pada yg pegi hospital kerajaan tu utk dapatkan rawatan..janganla bersungut..bawa2 banyak bersabar..LAMBAT ke, nurse lembap ke, doktor sambil lewa ke...kita kena faham yang dieorg semua tu berkhidmat sehabis baik untuk kita semua..dieorg ada prosedur jabatan yang perlu dipatuhi...bukan main sebarang je nak rawat pesakit...hmm.
Ayu, maaf dehh...lain kali Donat tak buat lagi, donat akan ikut cakap doktor...hehe, Ayu baru aje call membebel dengan saya sebab 'main-main' dengan appointment dengan doktor kat Klinik Desa...ngantuk la ayu...nak tunggu lelama kat klinik..heeeee.....nasib ko bukan doktor kat hospital besar kat sini Ayu, kalau idak..'mati' den nak mendengar bebelan Cik Ayu kite...hehehehe..bagus member saya ni, 1 sms je saya hantar tanya pasal permasalahan mengandung, trus dia call..kasik 'kaunseling free' selama setengah jam..Maju doktor, utk kesihatan rakyat!chaiyok2..haha.-> ceh, kasik mesej kat sini ..macamla Ayu sempat nak usya blog saya..nak makan pun ,dia asyik miss aja..hmm.

5 comments:

Mrs Hardlena said...

H1N1 bkn main lg menjadi2 skang ni risau betul tgk sbb masia skang ni dh ranking pertama kt asia ni huhhh.

kami kt sini stil kuar jgk bkn x kuar umah lg tapi tu la x pegi tmpt2 yg ramai org. klu pi mkn ke blk umah ke mesti nk kena cuci tgn dulu. klu berjalan je mesti tgk sana sini tgk org hahaha

dan paling penting doa jerla kt tuhan semoga dijauhkan dari penyakit ni.

nk beli bj raya pun x ble nk soping bagai hehe

d i d a said...

skrg ni wlpun pakai face mask, but virus tu size lebih kecil dr lubang2 kat face mask tu..but ok la utk prevent, rasa sgt selamat bila pakai..pakai je, slalu cuci tgn, and jgn sentuh muka. kat sek aku xde pun nak check2 suhu smua..tp sini lum kritikal lagi mcm kat sana..

3740Journal said...

ayu tuh sape?

MuMMy 2 Haqq said...

takutnya saya...makin risau bila time tengkujuh nak dtg ni..

Diyana said...

halen:hmm, a ah..takut alin..kat kulim ni,giant baru je tutup [dida, kulim dah ade giant ok?haha]. sorang cashier giant dah mati h1n1...huhuhuhuhu..

dida:weh, ida..budak2 kat sarawak kebal aaa..hang tu yg kena blajaq ngan masyarakat sana ,depa makan apa..ketahanan diri kuat.hehe.

aza:ayu tu , member aku masa skolah.

mummy 2 haqq:itula..hujan2 ni..kenala dok rumah aja kita semua...:(