LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, December 2, 2009

30 weeks already..

Ni bukan perut saya maaa..gila hapa nak letak gambar perut sendiri..klu ye pun,takdele secantik ni kan perut sendiri...miahaha.


'Kak,kak..minggu ni kandungan akak dah 30 minggu..', nurse pelatih comel kat klinik kesihatan macang bubuk bagitau saya semalam.


'haa..?ek?ya ka?ntah..lama dah tak kira..', tu ja saya jawab kat nurse tu. Sian kat adik tu,punyala penat dok wat kiraan manual berapa minggu saya preknen..saya tak kasik respon yang sepatutnya kat dia.Maap la dik..
Bukannya apa, Mia dok loncat2 atas perut, so saya tak fokus apa nurse tu bagitau saya. aduila..mia oii..nasibla perut mak ang ni kusyennya tebal..klu tak memang merajuk la adik mia kat dalam tu..huhu


Damia skang makin lasak, adik dia kat dalam pun sama lasak. Kekadang rasa kelakar plak bila mia tepuk2 perut panggil adik dia..pastu siap cium2 perut mama...hmm, saya suka sangat moment camtu..terharu.walaupun kekadang rasa haru biru ..sebab mia tepuk kuat sangat..hahaha.


and 2 hari lepas, saya dah pegi jumpa doktor pakar kat klinik O & G hospital BM untuk derang kenalpasti saya boleh bersalin normal atau pun tidak. Macam sesi soal jawab ajela mula2nya tu, n banyak mende saya tak ingat. Dah le buku rekod masa preknen damia ,saya tak bawak...main hentam ajela jawab ape doktor tu tanya. And buat masa sekarang, adik Mia masih lagi seronok posisi kepala atas..tak mo pusing bawah lagi. Takpela ada lagi dalam 6 mnggu sebelum doktor sahihkan yang adik mia selesa terus macam tu ka..ataupun pusing dok posisi yang sepatutnya..


Dulu,masa damia saya tak pandai nak rasa permukaan perut kat mana kepala..kat mana kaki..tapi kali ni, dah reti sikitla..hehe. And memang adik mia ni suka sangat bila mama dia gosok2 perut..mesti dia tunjal2 kepala dia kat mana saya letak tangan. Dan macam tu jugala setiap kali nurse or doktor letak alat ultra sound kat perut..kat mana doktor hala, kat situla dia ikut...geli siut...hahahahaha.

5 comments:

atulhani said...

hehehe.. semoga semuanya selamat.. semoga adik damia pun comey mcm damia.. huwaaarghh.. rindu kat damia...

eezah said...

comel lah damia ni.cute je rambut dia..adik dia pun mesti comel sama mcm kakak damia..sabar menunggu..ku baru lepas..bbyku dah 3 bulan..

Diyana said...

atul:hehe,haa..cik atul dah rindu mia ek..nnti ade jodoh bleh jumpa lg ..:)

eezah:makaceh.:)..hmm,dah habis pantang la ek,eezah..bestnye.

Shikhin Ishak said...

ingat kan perut hang yg gambaq tu.boleh ka nampak tapak kaki anak kat perut macam dalam gambaq tu?macam scary ja..hihi..anyway..aku doakan hang selamat melahirkan baby no 2.amiin.

Diyana said...

siken:hmm, boleh aa pd sesapa yg kulit perut dia nipis.macam aku,setakat ni tak penah lg la sampai nampak tapak kaki anak aku, setakat nmpk mcm gelombang n perut beralun2 tu adala..besala kan,kulit tebai.haha.tapi time sarat gile nanti..time baby tonggek buntut die kat perut tu..bolat ja nampak..adei..