LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, May 12, 2010

Wanita jugak yang jadi punca lelaki boros

artikel from http://myadha.blogspot.com/

Wanita sering dikaitkan dengan hobi ‘membuang duit’ iaitu membeli-belah, namun hakikatnya lelaki muda merupakan golongan yang paling ramai dibelenggu hutang kerana kegagalan menguruskan kewangan.

Golongan itu mula mengumpul hutang sejak awal bekerja dan apabila berumah tangga, hutang semakin menimbun sehingga gagal dibayar menyebabkan mereka terpaksa mendapatkan khidmat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk keluar daripada masalah itu.

Menurut statistik yang dikeluarkan AKPK, dari 2007 hingga Februari 2010, seramai 25,107 atau 69 peratus daripada 36,547 pelanggan perkhidmatan pengurusan kredit di agensi itu adalah lelaki.

Lelaki berusia 30 hingga 40 tahun merupakan golongan yang paling tinggi iaitu 44.6 peratus atau 16,286 orang mendapatkan khidmat itu bagi melangsaikan hutang masing-masing diikuti 14,622 orang golongan berusia lebih 40 tahun (40 peratus) dan 5,639 orang golongan berusia antara 20 hingga 30 tahun (15.4 peratus).

Golongan yang berkahwin paling ramai mendapatkan khidmat itu iaitu 28,068 orang (76.8 peratus) diikuti bujang seramai 6,260 orang (17.1 peratus) dan bercerai seramai 1,508 orang (4.1 peratus) sementara kematian pasangan seramai 711 orang (dua peratus).

Menurut statistik itu, masing-masing 25 peratus punca golongan tersebut tidak mampu membayar balik pinjaman adalah disebabkan kegagalan merancang kewangan sejak mula bekerja dan perbelanjaan perubatan yang tinggi.

Penyumbang ketiga terbesar pula ialah penggunaan kad kredit di luar kawalan iaitu sebanyak 17 peratus diikuti gagal dalam perniagaan dan hilang pekerjaan iaitu masing-masing 12 peratus.

Faktor lain ialah kematian ketua keluarga (dua peratus) diikuti kegagalan dalam pelaburan (satu peratus) dan lain-lain (enam peratus).


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Saya kasihankan lelaki sebenarnya. sebab pada saya,masalah seperti di atas..esp utk orang yang berkahwin, banyak dipengaruhi oleh isteri.

Bila nak kawin,orang lain panggil 3-4 ribu jemputan,khemah sampai 10-15 buah..mak mertua pak mertua mintakla sampai 15 ribu duit hantaran.blom masuk duit sewa baju, hantaran berdendai2..sapa yang terpaksa sampai pinjam along? Lelaki .padahal slip gaji bulan pertama pun ,tak dapat lagi. Siann...

tengok orang kereta besar,yang si bini ngendeng2 jugak nak keta besaq..sapa nak kena beli?Suami jugak.

tengok sofa orang cantik, si bini cuit2 sang suami nak sofa cantik..sapa yang mengalah?suami.

Tengok orang beli rumah besaq2, si bini pujuk suami nak juga rumah yang besaq..sapa yang pi bank buat loan?suami jugak..

Bila sampai masa nak bayaq?suamilah jugak kan.

Saya penah terbaca di satu blog, yang kawan suaminya sanggup berhutang dengan suami penulis blog tu sebab bini nak bersalin di private hospital. Malu katanya sebab isteri tak biasa bersalin hospital kerajaan padahal dalam masa yang sama takde duit.[?].Isk.sungguh saya tak paham.

Mari sama sama kita ukur baju di badan sendiri eh.kasihankan suami kita..melainkanlah suami kita tu gaji sekepuk tak habis2..takpa.anda layak.

Kalau kita tengok orang lain bergaya sakan,tak semestinya kita pun kena ikut gaya hidup macam tu..huhu

Saya baru je marah adik saya ritu sebab pinjamkan duit saving dia pada kawan dia yang takde duit nak bayar fee semester. Dah tau kawin,belajaq lagi pulak tu..pandai2lah berjimat cermat dik oi. Awat ang pi beli kelengkapan rumah bagai..separuh duit gaji laki ang bayaq hutang perabot tu ja. preknen plak tu..sian suami.sian anak dalam perut tu..

3 comments:

Ibu Ayra said...

diyana, nih resipi agar2 sirap merah tu...

1 paket agar2 strips (12g)
4 1/2 cwn air
6 sudu besar gula
2 sudu besar pencelup sirap merah

1.masak agar2+air sampai agar2 larut.
2. masukkan gula dan sirap merah.
3. tuang dlm bekas, sejukkan... siap!

*** 12g agar2 tu bila dibasuh biasanya boleh muat 1 cwn penuh. Lain kali kalau nak buat agar2 apa pun, 1 cwn agar2= 4 1/2 cwn cecair (mcm kat atas tu tak pakai susu cair sebab tu kesemuanya 4 1/2 cwn tu air... kalau pakai susu cair 1 cwn, tambah air lagi 3 1/2 cwn ja...insyaallah akan jadi elok agar2 tu...

Unknown said...

diyana,skrg ni memang mcabar,brg makin mahal,semua nk kena duit,adatla suami isteri kena bantu membantu kan...

Anonymous said...

Belajar kontrol diri dan bila dah ada pasanga belajarlah berkongsi pendapat. Ingat menabung penting untu masa depan ..mesti ada target..jangan jadi macam mak ngah ingatkan dah balik Mekah tak de perubahan lagi yang nak buat dalam hidup rupanya silap telahan jadi kena banyak bersabar ila kredit bertimbun..Ingat dugaan tu datang tanpa kita sangka..nampun dugaaaaaaaaaaaan.
Dengar nasihat mak...jangan berhenti kerja..dan mulakan buat akaun khas untuk anak-anak..potong gaji terus dan jangan buka tengok akaun tu sampai anak masuk unversiti..
ramai makngah tengok kwn2 makngah yang dah tua2 ni buat mcm tu jd senang masa depan.
Pergi pejabat ambil borang potong gaji. buat arahan tetap terus ke akaun mereka.
Walau terdesak macam mana jangan buka akaun anak kecuali hidup mati saja.

mak ngahpun nak mula buat balik..dulu dah habis buat belanja pi haji dan joli berjalan pi luar negheri. bila kena ujian aru nak terngadah....

p/s Kaunselor kena pi jumpa kaunselor pula