LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, June 7, 2010

Naper aku rasa laki aku macam Shrek?


Yihoo sekarang cuti sekolah. Ikutkan saya, saya nak balik Bofot bawa anak2 jumpa nenek depa.tapi,suami susah nak dapat cuti lama2.yela kan,dah alang2 balik tak kan nak balik 2 hari ja.kayo sgtkah nak perabih duit ribu2 setakat nak balik 2 hari ja..kami tak kaya camtu.

Jadiknya, plan balik Bofot telah dipinda.kampung tetap balik.tapi saya balik Jitra jela.mia ali leh hoya hoya ngan tok mi tok dad 1 week ni. 2nd week , mama kenala balik utk menjalankan urusan rumahtangga..haha.

malam tadi,saya gi wayang tgk Shrek:The Final Chapter. ketawa ketawa jg.

tapi tatau pesal bila tengok Shrek semalam, yang muncul dalam kepala saya adalah muka en suami.

dan saya nampak muka saya macam Fiona.uhuk uhuk.

Kisah hidup mereka sangat dekat je rasanya dengan kehidupan saya. dan saya rasa,sama juga dengan kehidupan kita semua.

1st scene, gambarkan kehidupan happy-ever-after Fiona n Shrek.

Setiap kali bangun pagi, anak2 menjerit suka kejut Shrek,korek2 hidung dia.haha
Yang Fiona,bangun happy2 uruskan anak2.Shrek pun rajin melayan anak2.
Bila masa Shrek nak luangkan masa dlm paya kegemaran dia pun, anak2 join.dia bulih gelak2 lagi.
pastu datang plak Donkey n Puss bising2 kat rumah paya dieorg.
Shrek bulih ketawa2 lagi.
Bila malam,Shrek baru nak duduk minum, tak sempat nak duduk dah kena serbu dengan Donkey ngan anak2 dia.Shrek layankan jg.

Tapi bila setiap hari, situasi yang sama perlu dilalui..riak muka Shrek dah sikit berubah.
Tapi Fiona tetap happy.
Hari ni pun rutin harian sama.Esok pun sama jugak.Lusa pun sama jugak.Muka shrek makin berubah.
And one day,akhirnya Shrek meledak marah.

Dia tak marahkan Fiona.dia tak marahkan anak2.Dia pun tak marahkan Donkey dan Puss.
Dia cuma marahkan diri sendiri dan merasakan dunia tak adil dengan dia. Dia tak ada ruang untuk diri sendiri..

Ok, saya adalah bermuhasabah dengan diri sendiri. Walaupun en suami belum sampai tahap hentak kek harijadi anak sampai berkecai macam Shrek buat dan saya pula adalah sebijik macam Fiona yang menganggap semua aktiviti perlu libatkan en suami. Dan saya macam dapat memahami sesuatu.

1. Sekali sekala, suami atau isteri perlukan ruang sendiri.space untuk kembali segarkan otak .Saya perlu belajar untuk beri ruang pada suami.

2.Jangan salah anggap kalau suami sentiasa turutkan semua apa yang kita mahukan dan itu bermakna suami tak kisah kita buat apa pun.

3. Belajar sama memahami suami. bukan asyik merungut suami tak paham2 dengan perasaan sendiri.Ya.ya.saya akan belajar.ini part paling susah dalam mendalami ilmu rumahtangga.huhu

nota dari kaki saya: Ok, en suami.cukup tak 1 week untuk main-game-fifa-sampai-subuh?:D

5 comments:

mila.ibunajihah said...

saya amat setuju dengan pandangan diyana. Mmg kita memerlukan masa untuk diri sendiri. Sekarang ni saya pun camtu, semua aktiviti nak en.hubby terlibat.

Rohani Hashim said...

mungkin jugak kan..hmmm

nani said...

out of topic jap...arini aku berjaya layan maraton movies sorang2 utk release stress...mula2 prince of persia then LBS...pesal aku tak tgk shrek ek?em,takpe akan aku cipta rekod utk 3 movies plak pasni...huhu

atulhani said...

donat.. aku setuju part hg ckp, kita kena bagi ruang kat suami kite.. cam aku gak ler.. hehe.. apa2 continue dlm sms..

harnidahussin said...

a ah ler..agree..bagi ruang utk suami..utk diri sendiri juga..sbb tu kasi chance dia main game ;)