sebagai guru,facebook penghubung saya dan anak murid.
apa yang penting, pandai2 bahagi masa la kan. macam jugakla blog memblog.tak gitu ?^^
saya jumpa web ni.agak menarik. katanya facebook untuk under age.
Antara ciri penting yang ada pada Togetherville adalah:
Quips:
Sama seperti fungsi kemas kini status pada Facebook. Quips memberikan pilihan teks yang sudah ditetapkan pentadbir laman. Kanak-kanak cuma perlu memilih teks yang sesuai untuk dituliskan. Tujuannya adalah bagi mengelakkan mereka menaip perkataan yang tidak sesuai atau tidak beradab.
Lencana:
Kanak-kanak yang berjaya mengekalkan perwatakan yang baik sepanjang berinterkasi di Togetherville diberikan lencana khas. Kesimpulannya, Togetherville bakal membawa satu pengalaman baru bersosial kepada anak kita sebagaimana kita seronok ber`Facebook’.gedebuk.kena sebijik.
Kerja seni, aplikasi dan permainan:
Aktiviti interaktif seperti aplikasi melukis dan permainan bertujuan menjadikan Togetherville bukan sekadar tempat lepak maya semata-mata. Di sini mereka boleh bergembira dengan permainan terkini. Mereka boleh menyerlahkan kreativiti dengan mereka bentuk kad ucapan perayaan atau sempena hari jadi rakan sekelas.
Apilikasi hadiah maya:
Togetherville juga memberi peluang kepada kanak-kanak menghadiahkan rakan-rakan pelbagai hadiah seperti sejambak bunga. Mereka juga boleh menghantar ucapan dan penghargaan kepada ibu bapa.
Video:
Mereka juga boleh menonton, berkongsi dan mengundi video yang sudah dilulus pentadbir laman.
dan antara ciri2 lain:
parents boleh pantau aktiviti dalam togeherville dari facebook.
parents yang tentukan listfren anak.
macam2 aktiviti menarik untuk anak2 ada dalam togetherville.
parents boleh create sendirik akaun utk anak2.
admin togetherville akan minta permission parents dulu,kalau anak2 nak buka akaun sendirik.
+++++++++++++++++++++++++++++++++
saya dah create akaun untuk mia. ali blum boleh daftar .under 1 year.bila masuk tarikh lahir asik invalid katanya.
mia dah pandai buat logo sendirik.walaupun mama yang tekankan.tapi dia yang pilih gambar2.
aha.
korang,ada yang dah buat akaun togetherville utk anak korang?add la mia ok.;)
nanti kita saing kumpul mata untuk anak..hehe.
colorful web togetherville ni.font besar2 plak tu. mia suka .dan mama dia pun suka.
mia dan laptop ammar kasik.ammar anak yana.
3 comments:
rajin sunggu hang ni.. aku nyer FB pun takde, apatah lagi nak buat untuk anak2... eh.. anak pun belum ada... hehe
kalau buatkan akaun utk anak2 Knur, alamatnya siang mlm diaorg nak bukak internet. haru jugak tu.
sara dh ada fb,addla sara..cmne togetherville tu..game ke?huhuhu
Post a Comment