LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, September 3, 2010

tak sempat goyang kaki

cuti sekolah bermula. dan kerja di rumah dari 6 am to 6 am akan bermula.kerja rumah tanpa henti.haha

kadang rasa lega juga bila bukan seorang suri rumah. ada juga masa untuk goyang kaki di tempat kerja.ada juga masa untuk tidak hanya memandang penyapu.kuali.mesin basuh.berulang kali.24 jam.

di rumah?jangan harap. penulisan 10 minit entry ini jugak adalah dalam berkadaran laju2 sebab mia dan ali baru tido...huhu

sebaik celik mata,sehinggalah mata berat malam kang..kerja..kerja..kerja..ada saja yang nak kena diselesaikan.

dan itu pun,masih belum cukup rasanya masa untuk selesaikan semua kerja.

kadang tu,serba salah bila en suami kena carik stokin,baju sendirik dalam bakul yang tak berlipat. tapi nak wat macamana kan.kenalah dia carik dalam tu.sebab bini tak sempat lipat. kalau sempat lipat pun, terlupa nak masukkan dalam almari..dan lagi tragisnya,damia baik hati sepah2kan atas lantai..kenala lipat balik..*ini kejadian malam tadi. saya cuba untuk senyum.kerana senyum itu akan mengurangkan marah pada anak kecik itu.lagipun salah sendirik.huhu.

hal memasak.jangan cerita la kan. saya juga amat kagum pada kalian yang gigih memasak walaupun balik kerja pukul 6 ptg. saya tak segigih itu walaupun balik pukul 3 petang. bila saya rasa ada tenaga lebih, saya akan usaha untuk siapkan menu terbaik untuk en suami. tapi bila,tenaga sudah rasa paras zero, saya akan calling en suami beli aja kat luar. ke hadapan suami tercinta, ana akan masak hari2 tanpa kompromi ,kalau alai rajin jaga budak2 ni hari2.ok.my dear husben.harap maklum.

kepada semua rakan surirumah,

saya tabik pada anda semua. kamu memang rock!superb!

bukan mudah menjadi surirumah sepenuh masa.harapnya semua suami di luar sana yang punya isteri tidak bekerja..jangan pandang rendah pada isteri kalian. mereka hebat walaupun cuma berada di rumah.

weh..baru pukul 11pg,rasa cam nak pengsan dah..padahal baru mop lantai,cuci toilet je pun...

may day..may day..:(

9 comments:

BIONIC WOMEN said...

surirumah macam i ni...huhu..kami hari2 wat sumer kerja tu, Diyana. Dah pandai nak schedule kan kerja tu sumer...dan seyes cakap...ag banyak masa rileks, dan masa ngan anak2 kalau keje tu pandai kita susun atur..

Diyana Zulkifli said...

bionic women:itula kan.rumit nak schedule masa tambah2 lg surirumah temporary mcm diyana ni..asal cuti sekolah mula..kalut nak rescheduled.keh keh.lepas 2-3 hari,baru masa bleh adjust.

adianiez AIDA said...

best nyer if aida jadi suri rumah or WAHM. kena pandai bahagi masa. lama2 akan pandai la. aida suka sebab anak2 depan mata!!!
now, FTWM... nak gi keje, rumah nak jaga, kena masak, layan & ajar anak.... OMG! tak cukup 24 jam tuh!

Shikhin Ishak said...

donat,aku ada maid pun penat juga.penat membebel seterika tak kemas la,mop tak bersih lah,cuci toilet tak betul lah bla bla...kadang2 aku buat sendiri drpd sakit hati membebel hari2..

Halen said...

seronok jgk skali skala jd suri rumah ni tp tu la penat melebihi org keje luar kot. anak2 dh bsr ok la klu anak2 yg kecik kejap tumpah air kejap selerak mainan huhhhh.. berpeluh jgk tu.

kinna said...

bab baju tak lipat pastu anak tarik tu, kita boleh geng la. :P

tp mmg la, penat sungguh on wikend. pagi kemas, tghr dah selerak. ptg kemas, malam dah sepah lg..sabaq je la

transformed housewife said...

bila Diyana cakap pasal Temp. Housewife, knur teringat keadaan Knur msa kat NZ dulu. Selama hampir 4 thn jd TH, ok je atur semua kerja rumah. masak pun hr2. skrg ni, walaupun balik kerja pkl 4 dah sampai rumah, masak yg mana senang jelah. most of the time, masih beli esp. kuih2.

nani said...

ala,aku yg cuti sabtu ahad pun rasa tak menang tgn je..tu baru sapu sampah, mop lantai, kemas umah je...bila dah terbungkam penat kemas, memasak tu haruslah diabaikan....hg yg ada 2orang anak ni, mmg level takleh goyang kaki tu kena up sket lg le drp aku...hehehe

Diyana Zulkifli said...

kinna:hari ni,mia baik hati taburkan buah kurma satu bekas.kutip,masuk tong sampah ajala jawabnye...hehe

knur:hehe. saya kejap2 je jd temp hwife,itu yg masa tk bleh nak adjust stp kali mai cuti skolah..kena tnggu 2-3 hr,baru bley adjust

nani:keh keh.bertuahla aku bleh rehat jap bila,depa tidoq.