LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, November 26, 2010

3 kali cuci periuk

*korang dapat saksikan masa post ini diwujudkan?1.44 pagi.haha.en suami dan anak2 sedang berduet tidur.awal la juga.maka mama pun bulih sukaria di alam maya.cuti kan esok..dan esok..dan esok..dan esok..esok..esok..:p

Sebelum saya coretkan cerita pada setiap gambar yang ada ni, saya nak ucapkan SELAMAT DATANG ke dalam famili cikgu zul kepada ahli baru iaitu En Rahimi.


tanak stori sangat pasal hal nikah derang.sebab majlis kebom kebom bulan 12 nanti .gambar pun tak leh nak tepek banyak2.kang jadi pengantin basi.hihi.


Tak leh letak gambar pengantin sangat.jadi,mari kita letak gambar kameraman banyak2.:P

 
*gambar2 diamik dari blog kameraman iaitu en ameng.




nak selit sikitla cerita pengantin berdua ni iaitu Pn Nisah dan En Rahimi. cuci periuk belanga belakang rumah.nasib kenduri nikah tu periuk ala2 manja je saiznye.masak sikit aje,utk sedara mara n jiran2 dekat2 je.

Hangpa tunggu kenduri besar nanti.2 kali lagi nak bertemu dengan periuk2 belanga.
korang2 di luar sana..ada korang cuci periuk,bersihkan rumah lepas majlis korang dulu?

tak buat ek?hehe.takdele sentimental value di hari bersejarah. kisah mencuci periuk belanga selepas kenduri kawin.

saya dan en suami cuci tau.lepas kenduri rumah saya,ok la sikit sebab cuci2 sikit saje  sebab kiterang guna khidmat catering ja.habis dah semua peralatan,tuan catering angkut.

tapi,masa kenduri sebelah en suami di bofot sedikit mencabar..haha.siap singsing lengan baju kelawar la haa nak tonyoh periuk.hihi.gambar ada.tapi tak nak tepek la..buruk benor..:P

tutup cerita cuci periuk. meh layan gambar 1 hari selepas majlis tu.

bersuka ria di hosba resort.

gigih eh adik ipar tua saya neh.tiup pelampung utk anaknya si echa.tok dad sempoi dok tnggu nak masuk pool

kolam ni besar.dari hujung kiri,sampai ke kanan tu..penuh dgn sanak sedara saya saje.


semua tak mandi pagi ni,tu gelak2..haha
aksi tak boleh blah.eksyen semata2.

cuba jangan teka yang mana 1 saya.haha
ke korang dapat teka juga?saya tak timbul pun sebab tenggelam terus ke dasar kolam.haha.berat weh,air tarik sampai ke bawah...hihi

pang kang,peluk2 laki die plak.


ni pun nak kena pang jugak ni.galaks le tu.



yang kak long ni dapat peluk pelampung anak sajalah kiri dan kanan. laki i berkhidmat utk bos dah hari raya kedua ni.sob sob.awat la penang keja dah eh raya haji kedua tu?menci btul.
Mood minggu ni:semua yang main air hari Khamis lepas,kebanyakan kena demam kura2.termasuklah saya dan anak2 dua orang itu.kasihan ka padan muka?half half la.heh.

9 comments:

atulhani said...

seronoknye family makin bertambah kan kan ... hmmm masa kenduri aku kat johor, haa amik ko ada 6-8 periuk besar giler aku tak muat nak peluk, yang kena cuci oleh kami berdua.. nasib baik kat blah shah alam catering, takde cuci apa2.. aku masuk umah tu cuci kaki jerk..

AIN NAZRI said...

waa seronok2.. dulu majlis ain kat JB ain pakai katering jd noe periok tok digosok.. tapi kat majlis lelaki mmg berlambak periuk di tinggalkan.. hehehe siap masuk dalam periuk nak nyental.. hehehe

eiNa said...

meriah nya donat.. tpi tang basuh periuk tu kami melarikan diri.. :P

d i d a said...

meriahnya hampa....hehe..weh aku kena basuh gak periuk belanga tu..smp pukul 1 pagi beb. lepas je abis basuh, zd ajak ikut dia blk tido kat homestay - family dia dh blk KL - esuknya kami blk lambat haha..

MamaIlhan said...

basuh periok kt belah lelaki jek..itu pun 2 jek coz of kitaorg wat majlis selang sehari,sabtu kt umah i then ahad kt umah hubby.isnin balik umah sendiri periok semua dah berkilat2 tanya abah,abah kata xper...worker abah dah siapkan..cik hubby senyum smpai ke telinga!

transformed housewife said...

ada basuh periuk tapi nasib baik ada juga sedara mara tolong sbb diaorg kesian kami yg dah penat sehari sblm tu yg dah tolong mengemas tengah2 mlm.

ch@ said...

hahaha lawak ah. aksi2 kiut, eh kita hari lps majlis sanding, kena cuci piuk orrr... sederhana je, sbb yg besar2 upah org indon cuci, gabak besar, masuk kita pun muat.

Mrs Hardlena said...

yuhuuuu syoknya ramai2 duk terjun kolam.. xtvt mcm ni br la merapatkan lg ikatan kekeluargaan.. :)
tahniah jgk utk nisah & rahimi.

BIONIC WOMEN said...

huhuhu..masa kawin ritu kami kena basuh 3 periuk besar raksasa dan 2 kawah besar raksasa jugak..huhuhu..
seminggu tangan lekat bau gulai..kakakah.
bestnyer mandi manda..kami tunggu klik klate nak mandi manda, bawak anak sedara reramai, baru best