LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, November 12, 2010

Hutang isi rumah

Semalam masa tengah tengok berita tv3,ada topik tentang Hutang Isi Rumah.Rakyat malaysia adalah juara Asia. Rakyat Malaysia paling tinggi berhutang untuk perolehkan kelengkapan rumah, rumah dan pengangkutan sendiri berbanding dengan negara lain di Asia.

Saya not sure la kan,perkembangan itu positif ataupun negatif bagi kesan jangka masa panjang kepada ekonomi negara.

Saya tak berapa kisah la pada yang berpendapatan tinggi  atau berpendapatan sederhana pun..hmm..kira quite ok la kalau pandai menguruskan kewangan. Tapi yang saya risaukan ,adalah pada golongan berpendapatan rendah yang pendapatan seisi rumah di bawah RM2000. Mereka ini boleh dikatakan paling banyak mendapatkan pinjaman bank untuk beli kereta,beli rumah,beli perabot,beli komputer..pastu hutang plan drag sampai 10-20 tahun..err?

Saya pernah terpandang la kan salinan gaji seorang staf sokongan sekolah .bukan nak tengok,cuma terpandang dan bacala of cos. sekarang kan slip gaji online ja haa. Pn kerani rajin print satu2.itu yang boleh terpandang slip orang tu,sambil2 nak cari nama sendiri..hehe.

 Gaji tak sampai 2000 pun termasuk  elaun2. potongan angkasa rm800.potongan bank rakyat rm500. baki 700? Sambil keluar dari ofis, saya dok congak2 dalam kepala..berapa budget depa makan sebulan?minyak kereta?bayar rumah?duit anak2?bini? huhu..mungkin,bini dia ada buat kerja sampingan untuk menampung. mudah2an.

Saya rasa AKPK perlu buat roadshow la 1 Malaysia..bagi kesedaran pada semua. Saya tingin jg nak ikut khidmat nasihat AKPK...ilmu pengurusan kewangan adalah tahap di bawah paras beku je rasanye.

nota dari kaki saya: tengah draf azam untuk tahun 2011. salah satu yang akan masuk dalam list azam adalah, berbelanja secara berhemah dan kurangkan hutang sampingan seperti membeli kain baju secara ansuran.hehe.

3 comments:

atulhani said...

takde orang "berani" komen N3 ni donat.. hehee.. semua senyap keh keh keh keh.. wei, dah pakai hilux yer skang...

Diyana said...

atulhani:hahaha.ateng pun baru kata kat aku gak mcm tu smlm,dia kata..entry ni takda orang berani nak komen..hehe.:p

itula *bini baru laki aku..gemok kan?

*hutang baru.heh

Farah said...

hehe sebab tu umah aku kosong je takde perabot cantik2..tv pon stail lama lagi bukan flat screen.pakai yang ala kadar je sebab taknak berhutang2 ni..ade duit cash baru beli..takdek dok diam je.