LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, March 7, 2011

Memandu 4wd dengan berbaju kurung

Aci kerat jari eh kaum wanita yang punya bakat pegang-stereng-kereta-manual adalah sedikit di atas muka bumi ni.Kereta auto sama maksudnya dengan kereta untuk wanita.kan?haha

Saya pun la.tangan sudah keras.kaki pun.dah hilang deria rasa mana pedal minyak,pedal brek dengan pedal clutch..huhu.

Selama en suami berbinikan cik wira yang dah jadi bumble bee dulu tu..adala kot sekali saya cuba bawa. itu pun sengguk-sengguk macam kura-kura.sampai mati2 enjin tengah jalan.bunyi ekzos ja mengaum -ngaum macam nak berlumba tapi tersengguk-sengguk...sekali tu ja bawa sampaila cik wira kena jual.sebab kesian imej tuan punya cik wira tercalar dek kerana pemanduan isterinya yang bikin malu..kuikui.

Zaman 'gila stereng' lepas2 dapat lesen dulu ..memang driving manual adalah pilihan utama. tapi bile dah  kena dengan kereta auto..hmm. bye bye ajela nak naik kereta yang kena main2 clutch keter tu.huhu

Tapi dari minggu lepas,mana ntah dapat syeh nak mengasah semula bakat memandu kereta secara manual ..jadiknya di hening pagi Ahad,hari pertama bekerja minggu ke 10 persekolahan tahun 2011, saya dengan semangat berani-mati driving lori en suami pegi kerja.

Pemanduan lancar. Bakat masih ada.cuma...

saya terasa environment agak pelik..

Saya dengan kasut tinggi,berbaju kurung batik sambil mengendong anak kiri dan kanan tapi naik kereta yang agak 'jantan' macam en putih tu.

buruk benor ghupanya...haha.

Silala..silala..imagine.^^


cuba korang teka kami laki bini nak buat apa dengan bata - bata ni? ^^

9 comments:

cik me3ko said...

buat parking kene untuk si "putih"..

lily lotus said...

buat tembok kot :D

atulhani said...

aku masih bawak kereta manual.. dan masih tetap mengatakan "no" kepada auto.. tak best.. tak pick up..

.: Ain aka Ibu Qaisara.. :. said...

donat, aku masih setia ngan kete manual..kih kih kih..hebat tak aku? * perasan mcm aku sorg bawak kete manual..hikhikhik *

Halen said...

haha.. i can imagine that situation. ku pakai seluar ok lg kot tp klu pakai bj kurung adeh mcm x masyukkk je. dan dgn bangga nih nk bgtau sy pemandu kereta manual tanpa sengguk2 hahaha.. bajet bagus la tu :p

Diyana said...

la.semua yg komen pemandu F1 la plak.tkde rakan seauto ke neh?kuikui

transformed housewife said...

knur lagi suka kereta manual sbb kereta AUto lembap sikit pick-up. Tapi kereta 4WD tu tabik springla bila Diyana pakai baju kurung & kasut tinggi. hehhee

n a n i said...

aku rakan se'auto' hang skrg...tp rasanya masih kuingat cara2 handle jentera manual ni..hehe

BIONIC WOMEN said...

hahahha...cuba bayangkan situasi ituh..hehe