LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, November 18, 2009

Bencinta


Benarkan ku 'tuk berbicara...
Bicara terus ke hati mu.. Hati mu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci... Kamu
Ku cinta... Kamu


Lagu feveret di kala diri daku tengah sentap dengan en suami. Ok, saya tahu en suami mmg bolayan punyala bila mama damia ni sentap. takpe, ade ubi ade batas, naik lori,naik bas..takpe..takpe..

Ok, di kala2 mood sentap sebegini, so saya bermurah hati nak dedicate lagu ni kpd kawan2 saya yang bakal berkahwin iaitu Cik Dida n Cik Atul. Ucapan utk korang berdua

Selamat melayari alam rumah tangga yang warna warni..hehe

Masih suami isterikah di akhirat kelak?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga..

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda... wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

KREDIT : Nur Izza Binti Ahmad Zaki

Sunday, November 8, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest


Lama saya tak update blog.Sibuk skitla skang..hmm,masa jengah2 blog kekawan,terperasan 1 contest berkaitan baby in nature di mombloggersplanet anjuran little mama. Yang saya perasan,MBP memang setiap bulan menganjurkan baby contest yang di mana setiap bulan mempunyai tema yang berlainan. And untuk bulan November 2009, tema baby in nature menjadi tema pilihan. hmm,interesting...so saya nak cuba nasiblah untuk kali ni..;)[sebab rasa ada gambar damia yang bersesuaian..]

Ini antara butiran yang diperlukan dalam contest terbabit.


Ni la gambar bersesuaian yang saya maksudkan tu..hape2 aje kan aksi anak saya sorang ni..hehe




Nama baby: DAMIA ALEYA BT KHAIRUL


Tarikh Lahir: 24 Oktober 2008


Umur: 1 tahun


Alkisah background gambar neh:

Gambar outdoor Damia berlatarbelakangkan rumput nan menghijau ni bukanlah diambil di mana2 taman rekreasi atau mana2 taman bunga..kat laman rumah Tok Tam Damia di Serdang,Kedah je pun...hehe


Kepentingan melibatkan anak dengan aktiviti luar rumah


-mendekatkan diri anak dengan alam sekitar.parents secara tak langsung boleh memperkenalkn pada anak2 dengan objek2 di sekeliling spt burung2 yg berterbangan, bunga2an, daun2 ,pokok2, serangga dll. Proses pembelajaran direct macam ni, sememangnya membantu tumbesaran otak anak kita berkembang dengan pantas.


-anak2 mampu meneroka sesuatu yang baru cnthnya bagi ibu2 yg baru nak ajar anak bertatih,aktiviti luar dari ruang lingkup rumah merupakan salah satu alternatif bagi mempercepatkan proses anak berjalan..bak kate orang tua2, baby elok dibawa bertatih di atas embun pagi2 tu,utk kuatkan kaki dan mempercepatkan proses anak belajar berjalan..dan memang ini pun antara usaha saya bagi mempercepatkan cik damia ni tak gayat nak berjalan...si kenit ni lambat sikit nak betul2 berjalan sendiri..gayat je die..

-of coursela pendedahan aktiviti luar rumah macam ni..anak dapat menghirup udara yang lebih segar dan nyaman yang semestinya amat penting untuk kesihatan ,bukan manfaatnya pada anak sajala..kita pun dapat sama2 release tension n sama2 menghirup udara segar dan pemandangan yang merehatkan minda dan mata...hmm.


Pendek kata, memang banyak lagila faedah2 yang boleh diperolehi sekiranya kita dedahkan anak dengan persekitaran semula jadi di luar sana...:)

so,kekawan..meh la..join ramai2!!


Sayangi anak,sayangi alam sekitar!! :)

Contest adalah anjuran ->MomBloggersPlanet contest page : http://www.mombloggersplanet.com/1899/cutest-baby-photo-contest-november-09/



Penaja2 yang baik hati -> PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my


->AliceWonders : http://www.alicewonders.com