LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, September 9, 2011

babytv?ohh..

biras saya bagitau, sekarang dia cuma bayarkan bil astro untuk pakej basic saje.RM 30 lebih saje.


sebabnya, dia kata rugi..langsung tak boleh nak alih channel lain,memanjang kena paksa tengok channel 611 dan 618.


logik.logik.


saya pun rasa nak buat macam tu la..


aduhla.


kadang jadi cam damia & ali jugak, saya pun berebut remote astro dengan derang. guling2 dpn tv.haha.


mane tak,kadang tido pun saya rasa boleh nampak muka burung Tucky Tales dalam mimpi.


muka monyet Oliver Explorer.


tak pun muka Yum Yum.


dengan keadaan sekarang, untuk berlama-lamaan duduk teman mia ali depan sofa adalah sangat2 tak best..sebab sakit pinggang sakit muntut lama2..nak berbaring kat sofa pun macam tak sonok,space kecik


jadi si mama ni bunyi2 cakap nak beli tv lepeaq pastu nak la pi skrukan kat dinding bilik tidoq.bolehla teman derang tgk tv sambil2 baring2 atas katil kan.verangan.


haha.


en suami cakap, membazir.


pastu kan, terus dia gi tarik tv dan meja masuk ke dalam bilik tidoq.


hoh?haha


puas hati sekarang.


sape mai ghumah cheq pasni..kita sembang2 minum ayaq ngan makan kopok ja aa..tak leh sambil tgk tv. 


tv dah dok dalam bilik...:p









Wednesday, September 7, 2011

Tahun pertama tak de baju raya

kami anak beranak memang tak pernah beli baju atau tempah pada orang baju baru untuk raya

sebelum ni,memang mak aje yang jahitkan.termasukla baju menantu kadang-kadang tu

tapi untuk tahun ni,buat pertama kali ,semua tak dapat nak pakai baju yang mak jahit.termasukla diri tuan empunya badan ,tukang jahit.hehe.

mak nampaknya memang nak bersara terus dari medan menjahit baju-baju. mak cakap,penat berhari2 jahit baru boleh dapat 2-3 pasang. belum lagi berhadapan dengan customer yang banyak songeh, nak alter la, manik sini,sulam sinun..:)

mak sekarang dia tumpu pada projek telekung sahaja. huhu. masyuk seh. walaupun dengan kudrat pembantu sambilan 3-4 orang, tapi pasaran dah 1 semenanjung.

say bye bye to baju-baju kurung. mak cik siah dah takmo layan jahit baju..:p.

jadinya tahun ni punya hari raya, semua pakai jubah sahaja. termasukla menantu-menantu ,semua kena mengikut arahan mem besar...hahaha.











dari kiri : starscream, bumble bee, megatron dan of cos yang hujung sekali tu leader. optimus prime..kueng kueng




cer cari tok mi mia ali yang mane.bukan yang tengah tau! kecik ati i kalau korang teka yang tengah. LOL




mia ali dgn mak ngah najah n mak chaq
anak tido bley aa posing sakan.ceh

raya kedua tema kami anak beranak pinky.papa pun ada pinky,dekat corak batik kemeja tu,secoet je.:P

yang baju melayu biru tu,adik ipar the youngest one.


Tuesday, September 6, 2011

itu badan mereka. bukan saya.



gynae dah bagi tarikh saya akan dibedah.


20 okt depan, jam 8 pagi


dan Alhamdullillah, gynae di Alor Star sanggup nak terima saya.


bolehla prepare apa yang patut,nak angkut balik pantang terus rumah mak.


ini dah kali ke 3.dah tak boleh nak try teran cam orang lain.


dan gynae minta saya decide 1 lagi keputusan. yang agak besar. paling besar pada saya dalam life seorang ibu.


setelah berbincang hampir 1 jam ,at last saya angguk setuju. dan dia catit dalam buku, keputusan saya tu. dan call gynae alor star, bagitau saya setuju untuk diikat peranakan lepas pembedahan kali ini.saya tak call en suami pun,sebab perkara ni pernah dibincangkan. 


itu gerak hati pertama saya. saya tak nak tengok orang lain.


saya tahu, ada yang berjaya berjuang di bilik pembedahan kali ke 4,5,6 dan juga rekod paling banyak saya dengar adalah 7 kali.


itu mereka.dan itu badan mereka.bukan saya.


terima kasih kpd kawan2 yang direct calling, sms, send private msj di hari pertama korang bekerja selepas hari raya ni. cerah tak biji mata korang,skali skala status fb saya menggugat kesuspenan  kalian..:p


terima kasih juga kpd member2 doktor. dapat lagi consultation free 1-2 round. dah keluar habis terms medical korang. iyeww..ye...saya adalah sangat takut dengar apa yang korang buat pada orang yang dibedah...:p.titik. 


apapun, saya masih ada dalam 6 minggu.sebelum sign borang kebenaran.sebelum ditolak masuk bilik pembedahan.masih ada masa nak googling2 cari panduan membuat keputusan terbaik.


dan saya mohon semoga Allah berikan saya jalan terbaik apabila tiba masanya nanti..;)