LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, October 24, 2009

~Damia dah setahun~

SELAMAT HARI LAHIR CAYANG MAMA...
MAMA BERDOA MOGA DAMIA AKAN MEMBESAR MENJADI ANAK YANG PINTAR DAN SOLEHAH..
Muah..muah..muah..
Kejapnye masa berlalu..
anak mama ni dah 1 tahun..
jangan nakal2 taww..
nanti mama babab die..
hehe
Birthday damia adalah pada hari ini[24 okt 2009] tapi majlis sambutan hari lahir cik mek ni diadakan awal seminggu masa hari Deepavali lepas.Bukanla sebab berniat nak sambut deepavali tau, 'terpaksa' diadakan awal memandangkan papa mia tak cuti hari ni..huhu.
Ikut mama,nak simple2 aje majlis anak mama ni. Tapi tau2 ajela..mia ni cucu sulung sebelah famili mama,jadiknye yg simple itu telah bertukar menjadi majlis yang ramai jg la sedara mara n jiran yang datang..hmm.
Majlis ni dibuat di rumah Tok Mi Damia di jitra..
kek secret recipe sponsor by mak ngah Najah n Pak ngah Sobri..sayang btul nak makan 'muka' Damia atas kek itu.

Mama plak yg excited potong kek.hehe

Mak ngah tumpang potong kek sebab birthdaynye sehari b4 Deepavali..


Haa..dah bile jemput orang bgtau wat besday party, konfemla byk hadiah kan. Byk btul kawan togel nnti..hehe



Haa..sungguh gumbira Cik Damia tunggang kenderaan rasmi terbaru hadiah dr Mak Ngah n Mak Wan


Pakwe baju biru ni,sipu2 plak nak kasik hadiah..

Paksu Ameng n regim nya tengah membakar sate

Bihun sup ade,laksa ade, ketupat ade,roti jala ade,sate ade..yumm..yum..
Saya n en suami ucapkan ribuan terima kasih pd famili,sanak sedara n jiran tetangga yang sudi membantu ataupun mensponsor demi menjayakan majlis besday Damia kali ni. Tahun depan, takde solo celebration lg la..Damia dah ade adik, and sepupu. Wat sekali ajela majlis.hehe









Tuesday, October 13, 2009

Bersalin Normal Selepas Caesarean (VBAC)

damia @ 1 day.masa ni nampak macam lurus je rambut die..hehe



Hmm,saja saya nak kongsi dgn kekawan pasal info yg saya dapat dr satu laman web hal ehwal kehamilan ni..and saya boleh kategorikan entry ni sebagai entry untuk legakan hati diri sendiri..hehe.

*kredit to http://www.alamhamil.com/ for the article.

Bersalin Normal Selepas Caesarean (VBAC)

Berakhir sudah ungkapan, bila sudah caesarean akan sentiasa ceasarean. VBAC atau vaginal birth after casarean ialah kelahiran secara normal selepas pembedahan ceasarean. Pengalaman perubatan telah menunjukan lebih dari 70 % wanita berjaya melalui kelahiran normal walaupun sebelumnya dia melahirkan melalui c-section. VBAC adalah lebih selamat dari caesarean berulang dan tidak menimbulkan risiko yang tinggi terhadap wanita.


Kenapa saya perlu VBAC?

Terdapat banyak kebaikannya bersalin secara normal. Antara kebaikannya adalah:
-Kurang risiko kematian
-Kurang komplikasi
-Boleh mencegah dari tumpah darah yang banyak, darah beku pada kaki, jangkitan kuman pada usus dan pundi kencing.
-Menyusu badan lebih senang kerana rasa kurang sakit selepas bersalin.
-Kosnya lebih murahBayi juga lebih bermanfaat kerana :
-Kurang risiko untuk kejadian kelahiran pra-matang
-Kurang masalah pernafasan selepas lahir
-Kurang risiko kematian bayi




Risiko VBAC-> Ni yang lemah nak dengar ni..tapi kena amik tahu juga..

Risiko yang paling ketara bagi mereka yang pernah melalui pembedahan secara caesarean ialah risiko pecah rahim. Risiko ini lebih kerap terjadi pada pembedahan klasikal dimana hirisan rahim dibuat secara vertical bukan horizontal seperti sekarang. Parut pecah sangat jarang berlaku kerana hirisan secara vertical tidak lagi diamalkan dan menurut kajian terkini, risiko untuk parut pecah semasa menjalani kelahiran biasa adalah kurang dari 1%.

Adakah saya calon untuk VBAC?

Anda adalah calon yang sesuai sekiranya:

*Caesarean dahulu bukan pembedahan klasikal ->ya..saya calon yang paling tepat.huhu

*Pelvis yang bersaiz normal ->normal aa.

*Sebab pembedahan dahulu tidak ada untuk kehamilan sekarang, sebagai contoh bayi besar, darah tinggi atau uri dibawah. ->haa..ah. dulu masa Damia,bukannya sebab saiz dia besar ke,darah tinggi ke hape..cuma sebab ketuban dah pecah terlalu awal, pastu bukaan sampai 7 cm tp dah lebih dari masa dah saat tu..doktor takut Damia lemas..

*Bersedia secara fizikal dan mental untuk bersalin biasa->I'm ready now.Fuhhh!!

Ya Allah, permudahkanlah kelahiran anakku kali ini..aminnn...

Monday, October 12, 2009

Beza lelaki ngan perempuan mase lunch time

Lelaki

1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau

Perempuan

1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati..masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke??tak bersih?..eeeeiiii.
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi?sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling>
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku ambik"
30. Sampai depan kaunter "berapa?"
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah
gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa.Duduk. .
40. Alamak.Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan0 tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh..kenyang Sebab dah minum air
57. Letak sudu, letak garpu
58. Pinggan tolak tepi
59. Borak2 kater makanan tak sedap
60. Ngumpat2..tgk orang
61. Pukul 2, naik opis..
62. Ambik beg makeup, g surau!!!!!

p/:s: Ye ke? Certain pompuan je kot...tak pun ,tengok masa la juga kan..hehe.