LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, May 5, 2010

Makluman kepada yang berkahwin campur


Kepada ibu bapa yang bayinya dilahirkan selepas 2008 korang diberi pilihan oleh Jabatan Pendaftaran negara untuk mengiktirafkan keturunan sama ada mengikut bapa ataupun ibu. Tidak seperti tahun2 sebelum ni, keturunan anak adalah berdasarkan keturunan si bapa.
Akhirnya, JPN membuat satu langkah yang proaktif dalam menyelesaikan permasalahan keturunan anak tu.
Kesulitan mungkin tidak ketara la pada yang berkahwin dengan campur antara Melayu dan orang2 Sabah/Sarawak memandangkan kedua duanya dikategorikan sebagai Bumiputera. Dalam kes anak2 saya, en suami membuat keputusan memelayukan anak2nya memandangkan kami mungkin akan tinggal lama di Semenanjung, dan en suami tak nak berlaku sebarang kesulitan di kemudian hari sekiranya berlaku sebarang permasalahan birokrasi...huhu
Saya kecilkan skop kepada permasalahan pendaftaran anak2 di sekolah, bila yang maknya melayu, yang bapaknya India ataupun yang bapaknya Cina atau warga asing...mulalah cikgu pening kepala nak isi borang. Ada tau parents yang datang sekolah, suruh cikgu tukar keturunan anak ikut keturunan si ibu. Bapanya bimbang , anak tak akan dapat peluang ke sekolah asrama penuh. Adeh..deh...mana bulih suka2 hati tukarla uncle. Dah memang tertulis sebelum ni, anak memang kena ikut keturunan bapak. Titik.
Tapi sekarang dah tak perlu risau..lahir2 je anak,dah siap ada ruangan khas tertulis apa kaum dan agama si anak. Kiranya, pada yang berkahwin campur boleh decide anak nak ikut sape.
Darah Kedayan tetap mengalir dalam darah anak2 saya. Cuma dalam sijil kelahiran je tertulis Melayu..;). Terima kasih en suami kerana prihatin.

6 comments:

Mrs Hardlena said...

wahhh btol ke ni. ingatkan isu ni ttg warga msia yg kawen dgn warga luar je. nampaknya nasya tetap la bangsa kedayan sbb lahit thn 2007. adik2 nasya boleh dpt status keturunan melayu la lps ni spy senang nk msk skolah asrama hehe..

Shikhin Ishak said...

weh kalau husband bukan warganegara macam mana?anak2 aku nanti warganegara malaysia ka jadi anak2 indon neh?

Diyana said...

halen:boleh tukar alin.alai check mia nye data kat jpn,tulis kedayan jadi mia pun lai tukarkan skali.tp mia tk dapatla sijil baru mcm ali tu..cuma updatekan je data kat JPN tu.

shiken:wei, haa..mcm ko..bulih la tulis melayu je anak ko tu klu Bambang tak kisah le..:)

atulhani said...

ouh, susah kan.. sebab tu aku pilih nak kawen melayu jek.. :) mak aku tak susah2 nak kena cakap bahasa asing atau bahasa angguk geleng senyum bagai kat menantu.....

atulhani said...

btw shikin, kalau anak u lahir kat malaysia, jadi warganegara malaysia lah.. even sekarang kalau u beranak kat overseas pun, anak leh jadi warganegara malaysia. ada kuar berita hari tu..

Diyana said...

atul:keh keh.org sabah hensem.*tak pasal2.hoho