LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, October 15, 2010

sebab saya emo petang2 ni

Ramai yang ingat saya malas bercakap dengan mia,sebab tu dia takmo bercakap.

Ada yang siap suruh saya jumpa doktor,sebab takut dia mungkin autisme.janganla takut2kan saya macam tu sekali.tak baik tau.

anakku Damia Aleya,jenis yang tak suka dipaksa.lagi paksa,lagi dia tak nak.Dia bukan tak bercakap,kadang tu dengar dia panggil papa,mama ,adik..nak..cuma bila disuruh ulang.dia diam.

Dia berjalan pun,masa Ali dah 3 minggu means umur dia dah cecah 1 tahun 4 bulan masa tuh.

So,janganlah paksa saya untuk paksa Mia untuk cakap.

Esok2 dia cakap tak berhenti kang.baru tau.

Saya tengah emo.jangan kaco.

Dah.korang sambunglah baca artikel bawah ni...

Artikel asal DI SINI.

source: http://anakkusayang.com

“Anak saya sudah berusia 2 tahun setengah namun maih belum pandai bercakap lagi. Boleh bantu tak?”
“Anak saya masih belum pandai bercakap lagi, sedangkan semua kawan-kawan sebayanya sudah pun petah bercakap. Saya cemburu melihat mereka.”

Terima kasih kepada kumpulan perbincangan anakkusayang di dalam facebook, kami mula Nampak beberapa perkara yang menjadi concern utama para ibubapa di Malaysia. Bagi yang belum menyertai kami, jom join page portal anakkusayang di facebook dan jom berkongsi cerita di sana.

Sebenarnya, semua anak-anak belajar bahasa mengikut aturan yang sama, mereka belajar nama-nama pertama, kemudian mereka mula menggabungkan perkataan-perkataan tersebut dan akhirnya mereka pandai membuat ayat.

Namun selain dari aturan tersebut, cepat atau lambat seseorang anak itu mula bercakap adalah bergantung pada dirinya sendiri. Ada anak yang cepat, dan ada yang lambat. Tidak semestinya mereka yang cepat itu adalah lebih bijak berbanding yang lambat. Ada yang lambat mula bercakap tapi kemudiannya lebih petah dan berjaya di dalam hidup berbanding anak yang cepat bercakap.

Ada anak yang mula awal, namun susunan perkataannya berterabur. Ada pula yang lambat mula namun setelah mula, susunan perkataannya lebih tersusun dan lancer berbanding yang awal tadi. Sebab itu, melabel anak yang lambat bercakap sebagai anak yang bermasalah adalah tindakan yang tidak tepat. Sebaiknya biarkan mereka menangkap sesuatu pelajaran dalam masa mereka sendiri. Biarkan ia berlaku tanpa paksaan dan tekanan.

Anak yang perkembangan fizikalnya cepat, biasanya akan lambat sedikit mula bercakao berbanding anak yang selalu diransang dengan percakapan dan selalu diajak berbual oleh ibubapa atau penjaga. Mereka lebih berminat terhadap aktiviti berbentuk fizikal, meneroka alam sekeliling mereka, meneroka kebolehan fizikal mereka. Wajar sahaja perkembangan bahasa mereka sedikit lambat.

Mereka ini adalah anak yang cepat boleh berjalan, berlari, memanjat, melompat, menendang bola, dan sebagainya.

Selain itu, anak yang terlalu ditekan untuk boleh bercakap juga boleh jadi akan lambat boleh bercakap. Mereka tertekan dan akhirnya takut untuk mencuba kerana harapan dan paksaan dari kedua ibubapa.

Apapun sebabnya, seorang anak yang lambat, biasanya apabila mereka mula, mereka akan cepat dapat mengejar kembali kawan-kawannya yang lain. Mereka juga akan dapat menyebut perkataan dengan lebih jelas kerana mereka sudah lebih besar pada ketika itu.

Jadi, bagaimana nak tahu yang anak anda termasuk dalam golongan yang cuma lambat mula bercakap, bukannya mempunyai masalah pendengaran atau masalah pertuturan yang kekal sehingga dewasa? Menurut pakar kanak-kanak, cuba perhatikan anak anda, berikan arahan-arahan yang mudah kepada mereka seperti “nak”, “duduk”, “bye bye”, sekiranya mereka dapat memberikan reaksi yang sepatutnya, maka anda tak perlu risau. Mereka sudah pun dapat memahami bahasa dan membina vocabulary (kamus perkataan) yang baik, cuma lambat dapat bercakap kembali. Perhatikan juga adakah mereka dapat menggunakan bahasa badan seperti bagaimana mereka ingin memberitahu kita yang dia nak menonton tv, nak minum susu, nak tukar lampin, tak dapat mencapai permainan yang dia mahukan dan sebagainya. Ia juga adalah tanda anak telah dapat membina “bahasa” dalam pemikiran mereka.

Anda hanya perlu risau dan bawa anak anda untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak sekiranya pada usia hampir 2 tahun, anak anda masih belum dapat memahami dan memberi arahan-arahan mudah tersebut.

Namun apapun, kita tidak juga menidakkan perasaan seorang ibu atau bapa, apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena terhadap anak, sebolehnya luangkan sedikit masa untuk membawa mereka melakukan pemeriksaan dengan pakar kanak-kanak di hospital. Sekiranya betul anak mempunyai masalah ber”bahasa” samada mendengar, memahami atau bertutur, maka mereka ada beberapa ujian yang dapat menentukannya.

Anak yang mempunyai masalah perlu mengikuti terapi secepat mungkin. Semakin awal mereka bermula semakin tinggi peluang mereka untuk pulih kembali.

“Anak saya hanya boleh menggunakan satu patah perkataan sahaja satu-satu ketika, dia masih belum boleh membentuk perkataan lagi sedangkan ramai kawan-kawannya yang telahpun mula bercakap dengan baik. Adakah saya perlu risau?”

Jawapannya, tidak. Tak perlu risau, apabila anak sudah boleh mula mengenal dan menyebut perkataan yang sesuai dengan satu-satu keadaan, maka tak perlu risau, dalam sedikit masa lagi dia akan mula boleh menggabungkan perkataan-perkataan tersebut.

Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal.
Apa yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan atau meransang perkembangan bahasa anak? Pertama, perbanyakkan berbual dengan mereka, membacakan cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, cuba minta mereka bercakap.

Kedua, sekiranya mereka sudah mula bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Muhammad, nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Muhammad nak main bola?”. Jadikan ianya kebiasaan.

Ketiga, jangan sekali kali memaksa mereka bercakap dan jangan menunjukkan kekecewaan kerana mereka masih belum mampu bercakap. Ingat, bahasa yang pertama sekali anak belajar adalah bahasa emosi dan memek muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.

Dan yang terakhir, jangan lupa mendoakan mereka. Kerana apapun yang kita buat akhirnya yang menentukan segala sesuatu tetap adalah Yang Maha Esa.


6 comments:

atulhani said...

betul2 apa hang cakap, jangan paksa.. mgkin mmg dia jenis pendiam... takpe.. macam anak2 sedara aku pulak semua kecoh2.. lagi pening weeeii hehehhee

n a n i said...

hg biaq betui atul!!anak donat diam?dia takk dibesarkan dlm envi cmtu & gen mama dia pun bkn camtu. aku rasa mia tgh nak absorb semua yg mama dia dok potpet2...once dia dah digest, hg tgkla nanti..hatta nak tdo pun mia ajak dia sembang....nangis donat nanti srh mia dok diam2....hehehe

atulhani said...

betul2.. kang smpai masa dia dh mula bercakap, habis la donat.. pening paler gak nanti hehehehe...

MamaIlhan said...

tak per donat...nanti dia dh mula banyak..cakap x ter...layan...kengkadang aku n epul soh ilhan diam jap 5 minit...hampeh...xsampai 5 saat dia dok bebel lagi.... tensen jugak kengkadang.... ('',) dun woorie ok?

Little Mama™ said...

izzah pun masih belum bercakap proper lagi..cakap bahasa sendiri je..layanzz.. he..he

Mama_Voque said...

dun worry!anak aku pon dl lmbt gak bercakap..mule2 rs tensen gak sbb ble compare ngan ank jiran seblah..ank die yg sebaya ngan ank aku..even ank aku tua 8 bln dr ank die, tp ank die dh bole sebut mcm2 simple words dgn fluentnya...
but, ble pk2 blk..aku rs bkn ank aku xnk ckp, tp die xde kwn nk berckp.. mcm ank jiran seblah tue, dh ade abg n kakak..so, adela teman nk berbual..
xsm cr kte berbual ngan ank n budak2 berbual sesama dorg..so, sabar ek...

pas2, aku compare lak ngan ank sepupu hubby aku..depa lagi rilek..haha
ank dh msk 3thn still xbrape nk ckp..jd, aku n hubby amik keputusan..biar je..jgn paksa die berckp..biar die berckp ngan kerelaan hati sendri..
and now, ble dh pndi berckp..
aduhai, mulela bercaaakaap non stop..smpikan satu thp aku ckp..
"bole tlg diam sekejap tak?" hahaha