LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, September 6, 2011

itu badan mereka. bukan saya.



gynae dah bagi tarikh saya akan dibedah.


20 okt depan, jam 8 pagi


dan Alhamdullillah, gynae di Alor Star sanggup nak terima saya.


bolehla prepare apa yang patut,nak angkut balik pantang terus rumah mak.


ini dah kali ke 3.dah tak boleh nak try teran cam orang lain.


dan gynae minta saya decide 1 lagi keputusan. yang agak besar. paling besar pada saya dalam life seorang ibu.


setelah berbincang hampir 1 jam ,at last saya angguk setuju. dan dia catit dalam buku, keputusan saya tu. dan call gynae alor star, bagitau saya setuju untuk diikat peranakan lepas pembedahan kali ini.saya tak call en suami pun,sebab perkara ni pernah dibincangkan. 


itu gerak hati pertama saya. saya tak nak tengok orang lain.


saya tahu, ada yang berjaya berjuang di bilik pembedahan kali ke 4,5,6 dan juga rekod paling banyak saya dengar adalah 7 kali.


itu mereka.dan itu badan mereka.bukan saya.


terima kasih kpd kawan2 yang direct calling, sms, send private msj di hari pertama korang bekerja selepas hari raya ni. cerah tak biji mata korang,skali skala status fb saya menggugat kesuspenan  kalian..:p


terima kasih juga kpd member2 doktor. dapat lagi consultation free 1-2 round. dah keluar habis terms medical korang. iyeww..ye...saya adalah sangat takut dengar apa yang korang buat pada orang yang dibedah...:p.titik. 


apapun, saya masih ada dalam 6 minggu.sebelum sign borang kebenaran.sebelum ditolak masuk bilik pembedahan.masih ada masa nak googling2 cari panduan membuat keputusan terbaik.


dan saya mohon semoga Allah berikan saya jalan terbaik apabila tiba masanya nanti..;)

7 comments:

FrH said...

erk, xtau plak ada yg sampai 4 5 6 & 7 kali??? gilelah .. sampai 4kali pon kalau dipikirkan dah cukup ngeri dah .. huhu.

dah tertulis rezeki sampai situ je donat. belajar utk redha. all out utk yg 3 ni. kualiti lebih baik dpd kuantiti ;) take care. hope smua selamat :)

atulhani said...

sabarlah.. ini semua ketentuan.. Allah tahu mana yang terbaik untuk hang.. kalau masih was-was, buatlah solat istikharah..

Sue* mamaID said...

semoga semuanya selamat ye diyana...amin

nad said...

semoga semuanya selamat.. amin..

AIN NAZRI said...

akak.. hopefully decision yang akak buat adalah yang terbaik... harap yg paling baik dari Allah swt

Liz said...

kalau dah yakin dengan keputusan yang dibuat, teruskan. jika tidak, minta petunjuk dari Allah. tapi saya yakin, cadangan doktor tu mesti ada sebab kukuh kan?

Kakmim said...

semoga semuanya dipermudahkan sis.. aminn