LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, April 5, 2010

Update One Month Bigger Loser

Start Date : 22/03/2010
End Date : 21/04/2010

Hampir 2 minggu dah contest ini tapi kemajuan diri saya ala2 suam susu botol Mia je.Untuk kedua kalinya,tadi lepas punch kad, saya timbang berat. Nampak macam turun lg 1kg . Weighing scale tu bengong kot,saya ketuk2 skali.Pastu saya timbang semula.Ha ah.bengong.tak turun pun berat. Cis.

Weighing scale itu ditempatkan tepi mesin punch kad tu. Kiranya,sapa je lepas punch in boleh le timbang berat. Nanti sebelum punch out pun, selepas melantak kat kantin,bolehla skali lagi naik penimbang tu. Penimbang tu mungkin dijadikan motivasi ataupun juga peringatan . Trima kasihla GB,buat susah2 aje sediakan penimbang tu..musti target user dia, cikgu2 pompuan yang silih berganti memboyotkan diri ni including me. Team perut boyot saya[saya dan 2 orang lagi ,cikgu pra sekolah & dan sorang lg ustazah] dah menyelesaikan misi. Tahun ni, ada 4 orang lg cikgu akan meletop..itu pun berturut2 mcm kami hari tu jugaklah.Mesti korang pikir,produktif btul cikgu2 skolah kan..maunye tak,cuti sekolah kan banyak..^^ ..tak pasal2 ..heh

Diet pun, diet hangat2 tahi itik je kot..memang kadang2 saya tak sempat makan . saya tipu je tak sempat makan,kadang2 pagi sempatla bedal kuih 2-3 biji dan semalam brunch nasi lemak.


Lunch memang saya skip. Ini kes memang betul2 tak sempat sebabnya dah balik sekolah,dan menguruskan anak2 ku itu.

Malam, saya makan ikut apa yang saya masakkan untuk suami. Nasib laki i tak reti makan gulai gemalai,sayur lemak etc semua masakan yang berlemak2,kalau idak,sodappla tekak saya sental sekali...heh.

Haish, diet pekebondonya..diet hancur namanye ni...

Saya baru borak dgn akak kedai buku tadi, dia ajak gi aerobik kat tasik tp hujung minggu. Menarik tu. Damia akan temankan saya le cenggitu. Poco poco la kami anak branak nanti..heh.

Saturday, April 3, 2010

Sila pandang ke timur. Bukan timbang guna dacing mahupun bukan tengok roket atau bulan kat atas.

AMARAN: Ini bukan medan politik longkang. ini cuma entry luahan seorang rakyat yang banyak memerhati..memerhati dan memerhati suasana..

Kiranya, dikuatkuasakan undang2 jalanraya setegas macam saya senaraikan di bawah, saya nak tanya korang..korang sanggup ikut ke tak?

1. Untuk perbaharui lesen memandu setiap tahun anda dikehendaki mendengar ceramah jalanraya terlebih dahulu sekurang2nya 30 minit.
2. Kiranya anda didapati memandu laju melebihi had yang dibenarkan, anda akan disaman sekurang2nya RM 4000. Tapi,jumlah saman boleh dikurangkan sekiranya anda menghadiri sesi ceramah di jabatan polis trafik.
3. Anda dikehendaki mengangkut sendiri sampah ke tempat pelupusan dan dikehendaki membayar untuk membuang sampah terbabit,rm 100 untuk setiap 100kg.

Kalaulah undang2 sebegini dikuatkuasakan di Malaysia, mau mencarut orang2 ABI..^^..tak kurang jg orang dacing dan juga orang bulan. Itu kalau nak kira jangkaan reaksi dari suasana politik Malaysia sekarang la..ataupun akan ada yang berbunyi..'saya takut lor,nanti polis tembak sesuka hati mereka..'

Kalau orang awam plak.. jenuh la Karam Singh Walia nak layan orang awam buat Aduan Rakyat claim kata gomen zionis.

Tak pun, berduyun2 rombongan buat laporan polis, hantar sms maki hamun kat pak2 polisi. Dan ada juga yang akan mengadu kat press luar..;)

Inilah imej rakyat Malaysia yang saya cintai sekarang . Cepat melatah. Tak sempat nak laksanakan apa pun, dah terpekik terlolong..

Korang tau, undang2 kat atas tu..undang2 negara ‘zionis’ mana?

Japang ,hokeh..Japang....


Saya masih terfikir2 bilalah agaknya mentaliti orang Malaysia akan maju sikit,selagi tidak berubah..selagi itulah Malaysia akan sentiasa ketinggalan..

Jadi,pandang2la ke timur..


Sudah2 lah bergaduh sesama sendiri, muak dah tengok.

Tiba masanya,perlu mengorak langkah

Thursday, April 1, 2010

Wahai kekanda, masih ingatkah kekanda,janjimu padaku suatu ketika dahulu?

from mr google


en suami kata, dia tak kisah saya macam mana pun

dulu masa bercinta pun,saya bukanlah kurus .tapi tak la,sebesar sekarang.haish

en suami kata, takpa..nanti kalau kawin,beranak makin gemuk.. boleh pegi slimming centre

ini dialog 5 tahun lepas.masa tengah bercinta

Ok, cinta sudah terbukti. Berkilo2 lemak dibela sepanjang preknen 2 kali ni.. Tak baik merungut, tak ikhlas.

Maka Dinda mahu beristirehat sekarang.sementara waktu

Bak sini,duittttt.

Dinda nak gi transfer jadi adik Erra Fazira..hohohoho


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

shiken,

1 minggu ni, 1 kilo ja aku turun..

itu yang perlu mengoptimumkan usaha ni..^^

Saya bukan nak slim melim, cuma nak kembali kepada donat yang asal. Bukan donat terlebih yis macam sekarang.