LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, July 5, 2011

Komen saya tentang Karak

korang dah tgk Karak?


saya dah tgk last week via ch 485. abah bayarkan rm15+ tax utk astro.:p


banyak scene sentap jantung mak tau.walaupun hantu2 nye muka cam dalam Poltegiest je..[ceh...je tu.berlagak].


tahniah untuk trio norman yusry edry. ni kirenye yusry bukan dok edit cgi guna laptop dia ja kot no mcm cicakman dulu. ala2 mantap gitu


saya ingatkan Karak ni cerita dalam cerita.kirenye saya terbayangkan kisah2 kejadian di Karak diselitkan 4-5 cerita dalam 1 filem. kalau buat camtu syiokk tu.rupenye tak.


Kisah lagenda Karak pasai Vokswagen kuning dan kisah suami isteri yang kereta rosak di Jalan Karak tu jadi pembuka cerita sahaja.selebihnya kisah pasal 4 orang budak u nak balik kolej,yang nak elakkan jam di highyway pastu masuk Jalan Karak yang lama.dari  situ,bermulala scene jantungku dup dup.aha.


Saya cukup ske dengar kisah antu2 Karak ni tambah lagi yang story pasal suami isteri yang kereta rosak tu. ala.yang suami dia pegi cari orang nak baiki kereta, last2 ade hantu makan laki dia..pastu dok main2 mayat laki dia atas kereta tu. siap ada polis berhenti dan arahkan bini dan anak dia keluar kereta tu. slalo2 terbayang2kan aje sambil dok dengar orang cerita. Bila direalisasikan dalam filem,haha. ade jugak rasa terkucil..hihi. seremm.


Hmm,tapi lepas tu..cerita dah meleret2 sangat.agak bosanla. walaupun pakwe rozita che wan sorang tu..err..bolehla tahan lakonannya.


cuma haa..part last2 tu adela 2-3 adegan yang makan dalamm.


1. scene masa awek si shahir tu cuba nak baca Yasin dan dia tak dapat nak baca sebab surah Yasin tu hilang dalam buku yang dia pegang.


2. masa ade sekor hantu gelakkan mengejek awek si shahir tu sebab iman tak kuat..sebab tu antu2 makin galak kaco dia dan kawan2 .


3. masa sorang kawan budak2 ni yang dirasuk dengan slumbernya sambil dok carik2 kulit muka sambil ikut si awek shahir ni baca 2-3 baris permulaan ayat kursi...lepas tu walaupun beberapa kali budak pompuan tu baca ayat kursi tapi tetap antu2 tu makin galak dok kacau.


gile serem.


kenapa ditonjolkan adegan2 ni?


untuk pedoman kepada kita semua saya rasa.


bila amalan dan ibadat tak pernah dihayati. hati tak kuat.malah makin mudah disesatkan.


p/s:si shahir dan awek dia tu adalah bekas hafiz dan hafizah masa zaman sekolah. bila makin meningkat dewasa, semua amalan dah jadi sejarah dalam hidup depa.itu yang antu2 tu nak kasik test sket pada derang..;)

Monday, July 4, 2011

selfish

masa dalam perjalanan balik Jitra hujung minggu hari tu, saya tengok berderet2 lori polis dan polis-polis kat highway BKE Kulim-Butterworth .mereka ada merata tempat.

menyumpah saya. en suami siap amik lencongan jauh punye nak elakkan dari jalan2 yang biasa polis buat road block.

oo ok. hari tu rupenye ade perhimpunan belia di Permatang Pauh..no wonder berdendai dendai polis dan fru tuju situ.

dan sebelum balik sekolah hari ni, dapat mesej dari Guru Besar.

'Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semua pk,guru dan staf,
saya dihubungi timbalan PPD mohon kita tangguhkan program pada tarikh lain atas nasihat pihak polis.
Saya menyusun sepuluh jari mohon maaf atas masalah ini.

again...

saya rasa nak marah. saya bukan nak marah polis. saya tahu tugas mereka.

isk.isk. menyusahkanla. bila ramai manusia selfish atas muka bumi.

end

jahit itik


Bahan utama : 1 ekor itik
Bahan untuk sumbat: kentang rebus,telur ayam, bawang besar, bawang putih,lada hitam dilumat.
bahan untuk kuah: jintan putih+ jintan manis+lada hitam [ditumbuk sehingga lumat],santan,garam dan gula






benang putih[basuh dulu aa].lantak la eh nak sembat ke nak buat insang pari ke.janji isi yang disumbat tak terkeluar.ini buat jelujur kasar je.haha



rebus itik tadi dalam kuah


tara!
Nama resipi ni ..itik golek.
resipi turun temurun arwah tok yam.mak abah saya.
sebelum balik jitra ritu,siap calling adik n mak,request nak makan itik golek.
jenuh abah mencari itik.yela orang kite jarang makan itik kan.
sampaikan pakcik kat pasar dok tanye abah.lalu ke makan itik?Melayu jarang cari itik,kata pakcik tu.

korang lalu tak?
jangan tanya saya.
saya makan sampai tinggal pinggan.hahaha.