LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, May 30, 2010

bila tukang jahit buat kenduri..

orang kata budak ni handsome. ye ke?ok.dah la tu.papa dia plak yang angguk


ali dan echanye kambing

ini baju raya kiterang.mak buat awal.belasah je la pakai gi keje pasni..haha


mama dah naik muscle dokong ampa



bersiap bagai nak rak,tp tidur sampai ke petang..

tak aci..baju mia je ada kelip2 ..mamanye baju takde.huhu


yang dirai ali dan aleesya.yang wat2 ngantuk nak tido dalam buai,mia.


echa ngan ibu dan ayahnye

aksi kegemaran

besi buaian yang transform jadi gerbang tunang

tok dad,k own,tok mi


budak baju kuning ni nama dia rahimi.mie,ang handsome la.macam putera umno..hihi

yang dirai rahimi n nisah.

Mak kata,kenduri kali ni biasa biasa aja . Mak janji memang simple btui btui..
oh,ya la tu. Saya tak percaya.
Simple di mulut mak adalah sangat meriah di mata saya.
Makaceh Tok Mi...Ali kata^^.makaceh jg tok mi.baju mia lip..lip..berkelip2..ni mia plak kata.

kepada suma customer mak, mintak mahap lagi sekali. untuk kesekian kalinya, mak kena tutup kedai sebab anak dara dia sorang lagi nak kawin hujung tahun ni..hehe


Tuesday, May 25, 2010

Kronologi tumbesaran seketul donat

Jun 2004 - 55 kg.ini berat masa tengah solo
Ogos 2007 - 72 kg.ni masa nak kawin kot
Okt 2008 - 93 kg.berat sebelum beranakkan Damia.
Nov 2008 - 77 kg.berat lepas bersalin Damia.berat ni kekal sampailah preknen Ali pulak.
Feb 2010 - 94.3 kg.ini berat sebelum bersalin Ali.
Mac 2010 - 78.4 kg.berat lepas bersalinkan Ali.

25 Mei 2010 - 68.3kg. berat hari ini.

ni kalau plot atas graf,ngeri je saya tengok.tengok macam ni je pun,saya adalah trauma..haha


saya serik.serik dah sebab bertahun tahun membela lemak.

dulu pun takdele kurus sgt.tapi kira bulih lagila pakai saiz m.

seingat saya, saya mula tak jaga makan ni,sejak kenal en suami. en suami punya salah la ni. hati gembira sangat gamaknye kan,pastu lemak pun dikumpul2 dengan 'gembira' nya jugakla.

masa dating2 dulu, bila gi makan..sayalah tukang perabih makanan dia.

masuk wayang pun, berebut popcorn ngan pepsi dia.

jadiknya bila tiba masa nak kawin kalau orang lain tu ,bulih pi try ja baju pengantin kat butik pengantin.tapi saya kena tempah khas baju pengantin.itupun tak insaf langsung walaupun masa tu memegang title MENANTU PEREMPUAN PALING SIHAT.

orang lain start preknen dengan berat permulaan lingkungan 50-55kg ja. saya start preknen dgn berat 73kg. dah la tinggi 5 kaki pun tak sampai. mau tak masa 9 bulan berat saya adalah hampir2 nak cecah 100kg.



ya.ya.saya adalah sangat serik sekarang ni.

terima kasih diucapkan kepada puan shiken kerna gara-gara contest suka suka puan shikenla,yang saya bulih jadi insaf tu.betui shiken.lepas aku join hang bulan mac ritu la,yang aku betul2 berkobar2 nak turunkan berat badan.^^

bela lemak pun bertahun tahun. jadi tak kan la nak mengharapkan berat tu turun dengan cepat..motivasi diri pun turun dan naik.makanya berat pun turun dan naiklah jugak.

Saya tekad untuk kembali seperti ini.saiz m!saiz m!saiz m!




Haha,pada yang selalu tengok aku tayang gambaq ni mesti ampa kata aku takda gambaq lain kan. haa la..memang takda gambaq lain pun nak dibuat pembakar semangat.yang ni ja tinggai..

Kepada rakan-rakan yang pernah menyaksikan kejadian donat dalam bentuk saiz m ini seperti Zuda, Atul,Yana,Rumi,Nani, Kak ina..sama-samalah korang doakan aku supaya dapat kembali seperti sediakala.aku tau ,ampa rindu donat ini..keh keh.

nota dari kaki saya: Tempoh yang saya beri untuk diri adalah sampai hujung tahun ni..;)


Monday, May 24, 2010

perbualan dengan coco

puan: u orang baru ek?

coco: tak baru sangat la..

puan: ok.

coco: puan tukar pakaian dulu ya.

after steam bath 10 minit, sesi massage bermula

puan:u jangan urut kuat sgt kat perut.i baru operate.


coco:oo,u operate ya.bagus maa.orang cina memang pilih operate untuk beranak.

puan:aik,la..awat la pulak?dah takda i u,i u dah masa ni.keh keh


coco:perempuan cina kena pandai jaga.susah oo mau jaga suami.suami cina tak penyabar mcm orang melayu. mana boleh pantang lama-lama.

puan:mana u tau..pandai je.hehe.

coco:betul maa.laki melayu jarang main perempuan.baik sama bini.orang cina boleh simpan perempuan.

puan:oo..ok.itu macam ka.betul la kot.

coco:bagusla puan.u operate..anak pun tak boleh ramai.senang jaga.cukupla tu,perempuan sorang.laki sorang.

puan:hmm,pandaila hang..hang pun tak kawin lagi.keh keh keh

coco:hehe.saya memang tak kawin lg.tapi tengok orang lain punya pengalaman..

puan:ikut masing2la juga.ada yang suka anak ramai.ada yang tak suka.coco, lain kali datang,i boleh request u tak?


coco:semua sama jugala..semua baik.

puan:tak nak.i nak request u je. u pandai urut..

haha,puan itu adalah saya.dan coco itu adalah consultant london weight saya pada hari Jumaat lepas.

Motif entry ni?

saja.takda motif. cuma saya nak tergelakkan bila coco tu sebut laki cina tak penyabar macam laki melayu. coco tu tak tau..laki melayu adalah Islam.Dan Islam kan mengajar umatnya menjadi orang yang sabar...sabar dalam segala hal..;)