LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, September 6, 2010

Korang suka telekung takde kerawang?kalau suka , cari saya.^^

update: 12 / 10 / 2011


















-Telekung jenis kain JC.ke jersey?eh..jici?tak reti nak menyebutnya.hehe..tp korang tau kot kan kain camna.
- Mempunyai 2 lapisan , bahagian dalam hingga ke pangkal dada
- Tidak panas
- Jahitan rapat ke kepala
- Tidak perlu lagi memakai anak telekung
- Simple dan kemas
- labuh kain pakai 58 inci
-jadi pilihan utama pada yang nak menjalankan ibadat umrah atau haji.
-no kerawang2.no fancy2 kaler.suci murni .putih berseri.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi mak saya ok..


019 5551310

Saturday, September 4, 2010

Gaun Mia dah sampai!!

repost entry.edit sikit dulu.post balik.sori pd yg baca 2 kali..hehe


setelah berbulan, rambut bergulung ini sudah kembali.cuma perlu dikembangkan lagi ja.baru nampak cam pakai wig
masih ada yang ingat tentang damia dan Dahlia Pinnata? akhirnya, gaun2 yang dijanjikan sudah sampai. siap dengan cek .wah,toce2.rezeki dekat raya.

deposit dah dapat. tunggu lepas raya ya aunty Dahlia..;)

gaun-gaun itu sangatlah cantikkk!huhu..sampai2 aje Khamis lepas,terus saya sarungkan pada mia. pandai dia siap gi amik kasut princess dia,sarungkan sekali. dah nama anak dara,mestila pandai nak melawa kan.

eii.tak sabar neh.tak sabar nak tunggu mia posing. tapi pas raya baru lapang nak jalankan projek  ni. saya snap juga gambar mia pakai gaun-gaun tu disbbkan tangan dah gatal sangat.

tapi,hmm.harap maklum.gaun2 itu hak eksklusif Dahlia Pinnata. tak boleh suka2 hati nak uplod kat blog saya ni la kan. kena tunggu pihak dahlia pinnata guna dulu gambar2 Mia dan gaun-gaun itu.barulah saya boleh uplod di sini..huhu.

Tunggu ya kemunculan Mia bam bam dan gaun-gaun princessnya.



gatal tangan kan.nak jugak tepek gambar. ini contoh-contoh gaun dari :
http://dahliapinnata.lot.my/

Friday, September 3, 2010

tak sempat goyang kaki

cuti sekolah bermula. dan kerja di rumah dari 6 am to 6 am akan bermula.kerja rumah tanpa henti.haha

kadang rasa lega juga bila bukan seorang suri rumah. ada juga masa untuk goyang kaki di tempat kerja.ada juga masa untuk tidak hanya memandang penyapu.kuali.mesin basuh.berulang kali.24 jam.

di rumah?jangan harap. penulisan 10 minit entry ini jugak adalah dalam berkadaran laju2 sebab mia dan ali baru tido...huhu

sebaik celik mata,sehinggalah mata berat malam kang..kerja..kerja..kerja..ada saja yang nak kena diselesaikan.

dan itu pun,masih belum cukup rasanya masa untuk selesaikan semua kerja.

kadang tu,serba salah bila en suami kena carik stokin,baju sendirik dalam bakul yang tak berlipat. tapi nak wat macamana kan.kenalah dia carik dalam tu.sebab bini tak sempat lipat. kalau sempat lipat pun, terlupa nak masukkan dalam almari..dan lagi tragisnya,damia baik hati sepah2kan atas lantai..kenala lipat balik..*ini kejadian malam tadi. saya cuba untuk senyum.kerana senyum itu akan mengurangkan marah pada anak kecik itu.lagipun salah sendirik.huhu.

hal memasak.jangan cerita la kan. saya juga amat kagum pada kalian yang gigih memasak walaupun balik kerja pukul 6 ptg. saya tak segigih itu walaupun balik pukul 3 petang. bila saya rasa ada tenaga lebih, saya akan usaha untuk siapkan menu terbaik untuk en suami. tapi bila,tenaga sudah rasa paras zero, saya akan calling en suami beli aja kat luar. ke hadapan suami tercinta, ana akan masak hari2 tanpa kompromi ,kalau alai rajin jaga budak2 ni hari2.ok.my dear husben.harap maklum.

kepada semua rakan surirumah,

saya tabik pada anda semua. kamu memang rock!superb!

bukan mudah menjadi surirumah sepenuh masa.harapnya semua suami di luar sana yang punya isteri tidak bekerja..jangan pandang rendah pada isteri kalian. mereka hebat walaupun cuma berada di rumah.

weh..baru pukul 11pg,rasa cam nak pengsan dah..padahal baru mop lantai,cuci toilet je pun...

may day..may day..:(