 |
sumber:www.utusan.com.my |
rumit sangat sekarang ni untuk mencari calon yang sesuai...ingat senang ke..?
saya ingat lagi dulu, once en suami ajak kahwin..saya tak pikir banyak kali pun.
saya ada 3 sebab utama.
1. saya memang kurang komunikasi dan berhubungan dengan kaum lelaki.social network saya kecik.mungkin, dia adalah lelaki pertama & terakhir yang serius ajak saya kahwin.
2. walaupun tidakla kenal en suami lama tapi backgroud famili en suami, saya dah bagi markah A,automatik background diri dia pun mestilah A.so kenapa perlu saya demanding lebih?itu sudah memadai.
3. saya yakin peratusan lelaki yang boleh terima pompuan tanpa memandang faktor fizikal adalah kurang.saya mungkin salah seorang wanita berisi yang bertuah ..huhu.
saya kahwin dengan en suami,masa tu dia masih struggle untuk habiskan pengajian. dan saya pun baru aje kerja. jadinya,dari awal saya dah setkan minda, saya tak boleh bagi harapan terlalu tinggi untuk dapat lelaki yang sesempurna mungkin. Tak dinafikan, sekarang ni ramai kaum wanita di luar sana amat titikberatkan soal kewangan dan pendidikan calon suami. gaji rendah,sikit..tak pandang..blum ada rumah,kereta..lagilah tak pandang.
sekiranya, kiter nak suami yang ada rumah,kereta dan duit banyak..slaloonya adalah lelaki yang dah berstatus suami orang.contoh:Salleh Yacob.haha. lelaki bujang, kebanyakan baru nak mula hidup..kita yang perempuan,sekarang ni..nak tak nak kena bertolak ansur soal ni.
saya masih ingat,en suami pernah berterus trg dgn saya,kalau saya nak tunggu dia ada duit, rumah ,ada kereta..tunggu umur 30 tahun baru kahwin. kalau tak sanggup tunggu dan nak kahwin awal, saya perlu yakin dan percaya pada dia.dan semestinya perlu sama2 susah payah dengan dia.dan saya tekad,pilih pilihan yang pertama..
impian en suami tercapai before 30, siap dengan pakej anak masuk 3.
Alhamdullillah, di sini kami anak beranak sekarang. tak la senang kaya raya.tapi saya yakin, saya tak salah membuat keputusan. Dia adalah terbaik untuk saya ;)
*alai, eleh..jangan tipu aa. mesti terharu kan dengan bini u punye entry kali ni. haha