Sunday, August 30, 2009
Damia @ studio
Friday, August 28, 2009
Teacher Diyana
Tapi bila dah cuti, ada plak rasa rindu dengan anak-anak saya kat sekolah nun..hihihi. Korang ingat teacher Diyana heartless sangat ke, teacher hati kering masa mengajar je..tapi sayang juga dengan hampa semua....Rasanya macam jarang plak saya stori secara detail saya kerja apa kan?Hehe.ari2 asyik cerita Damia aja...heh
Pada kekawan yg blum tahu, saya ni,cikgu. Cikgu di Sek Keb Kulim,Kedah. Saya dulu penah amik degree sc comp kat UTM,skudai. Pastu, adalah 1-2 kali kerja dalam bidang yang saya belajar dulu...hmm,last2 kena paksa dengan my mum suruh masuk kursus perguruan [yg orang dok sebut KPLI tu la]
..huhu..hmm,tapi bila dipikir2..ada juga baiknya mak saya paksa dulu..best rupenye jadik cikgu ni...hehehe
Haa,kat bawah ni antara aktiviti saya dengan anak-anak kat sekolah..
Perhatian: Sila abaikan tulisan saya kat black board yang macam budak-budak itewww..susah jg ek nak straightkan tulisan atas black board ek..baru ku tahu bile jd cikgu ni...dulu main bantai gelak je klu tgk tulisan cikgu senget2..heee...
tapi, kadang-kadang tu, hinggap juga atas tangan budak2 ni ..pada sape yang degil sangat..heh.
Dan juga kepada semua insan yang bergelar guru..
Wednesday, August 26, 2009
Togel
Hari ni simple je masak..first time masak,utk bulan puasa. Saya masak tomyam seafood dengan ayam masak madu.Air milo O.
Monday, August 24, 2009
Ramadhan kembali..
Sblum memulakan bicara, saya rs blum terlambat kirenya saya nak wish slamat menyambur Ramadhan Al Mubarak kepada sanak sedara, rakan-rakan taulan,dan juga kpd org2 di luar sana..Mari sama-sama kita mempertingkatkan amal ibadat di bulan istimewa ni di samping mempertingkatkan kemampuan membuat kuih raya berbakul2 ...hehe.
Tahun ni tahun ketiga saya menyambut Ramadhan bersama en suami..[1 bln pas kawin ogos 2007 dulu..trus puasa..so,itu dah dikira ramadhan 1st kiterang bersama walaupun klu nak diikutkan anniversary baru ke-2 kali..hehe]
Hmm,ttiba nak mengimbas kenangan puasa bersama en suami..
Tahun pertama:
Masa ni kat Tsek Gelugor,Penang. Klu diingat2 memang kelakar..sebab saya kekok sangat nak layan makan minum en suami..dah le baru2 kawin,tup2 masuk plak bulan puasa..panik la jg,ape nak dimasak,nak kena bangun pkl brapa..[sblum2 ni layan diri sorang je,ade ku kisah nak bangun n makan ape..hehe]..kung kang kung kang la bising kat dapur..haha. Bukan tak biasa di dapur, cuma bile 1st time tinggal bersama orang lelaki asing ni..malu2 kucing la juga jadiknye walaupun dah kenal 4 thn lebih dh..mula nak panaskan kuali tak kena, nak potong bawang tak kena sbb dok rasa macam en suami dok tengok saya masak je..haha,prasan.
Tahun kedua:
Sedih...sbb masa tu puasa sorang2 kat Batu Pahat disbbkan en suami ditempatkan nun jauh di Penang..dah le masa en suami kena pindah ke Penang tu,saya dah sarat 7 bulan..tp demi anak dlm kandungan, saya suruh juga en suami terima aje offer kerja tu. 1 bulan puasa tu, saya mmg puasa dgn ditemani housemate sorang je. Dah le saya masa tu tengah preknen kan Damia.
Hal ehwal urusan diri ke, nak beli barang ke, nak pegi skolah ke, beli barang dapur ke, sume saya terpaksa wat sendiri..hatta nak gi check perut pun masa tu,kena bawa diri sndiri ke klinik,housemate jd peneman kat seat sebelah ja pun..sbb dia tak reti driving...huhu.
Masa tu,gamaknye klu JPJ or pak polisi tahan wat sport check, konfem saya kena tahan..haha..sbbnya memandu dalam keadaan merbahaya. Mau tak bahaya..perut dah le sendal stereng, kaki plak tak brapa cukup panjang, kena tujah2 clutch n brek guna hujung jari kaki aje..
ramai yg nak membantu, tambah lg kekawan kerja kat SK Sri Gading semua sangatla prihatin..cuma saya ni memang jenis tak mo susahkan orang...
Sebab tu,bila saya tengok Damia skrg ni..saya bersyukur sangat sebab dia sangat pandai membawa diri, tak reti nak cembeng2 or meragam tak tentu pasal,kadang2 klu saya sibuk buat kerja kat rumah, dia dok senyap je dalam baby cot die main2 dengan toys die..mcm dia paham aje mamanya sibuk.. ada juga hikmahnye saya berjauhan dengan en suami dulu, bukan setakat saya seorg yg tabah n kuat semangat..Damia pun kena tempias...:)
Cuma, bab tak tahan panas tu..itu pun memang Damia ikut saye...kalau panas, saya tak boleh buat kerja..sentiasa kena sejuk or ade aircond..Damia pun sama.hehe.
Tahun ketiga:
Hmm,tahun ni kami dah dapat bersama berpuasa sama2 sebab saya dah bertukar ke utara..Alhamdulilah,syukur..and lg best, sebab dah ada Damia...and juga adiknya dalam pewut ini...
p/s: Nak makan ape ye petang ni?Hmm.
Friday, August 21, 2009
Transisi Hafiz AF 7
Thursday, August 20, 2009
ILI - Influenza-like Illness
Tapi...arahan ni merupakan arahan awal-awal je masa wabak H1N1 tengah menular.. arahan ni akan berubah dari masa ke semasa mengikut keadaan perkembangan penularan H1N1..and sekarang ni, timbul lagi satu istilah [ bukan baru la istilah ni, cuma baru kedengaran baru-baru ni] yang doktor-doktor gunakan..Influenza-like Illness [ILI].
Korang dah penah dengar belum?
ILI a.k.a Jangkitan Akut Pernafasan dan Sindrom Seakan-akan Selsema ini merupakan diagnosis perubatan bagi kebarangkalian influenza . Simptom-simptom ILI termasuk demam, mengeletar anggota badan, batuk, kehilangan selera makan, lenguh-lenguh anggota badan
And kat bawah ni, kenyataaan terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung perkembangan Semasa Pandemik H1N1 setakat semalam, 19 Ogos 2009.
source: http://h1n1.moh.gov.my/KenyataanAkhbarTerkini.php
Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia19 Ogos 2009
Dimaklumkan sehingga 19 Ogos 2009 jam 9.00 pagi sejumlah 1468 pesakit influenza like illness (ILI) sedang dirawat di 86 buah hospital termasuk 6 hospital swasta di seluruh negara. Dari jumlah tersebut, 257 telah disahkan positif H1N1. Pada masa yang sama seramai 134 kes telah di discaj.
Dari 257 kes yang disahkan H1N1, 36 kes berada di ICU dimana 7 kes merupakan kemasukan baru sementara 4 kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 36 kes yang sedang dirawat di ICU, 21 kes (58%) mempunyai faktor risiko iaitu diabetes (5), penyakit kronik (4), asma (3), hamil dan bersalin (3), obesiti (2), kanak-kanak istimewa (2) dan kanak – kanak di bawah setahun (2). Untuk makluman, tiada kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) dilaporkan pada hari ini.
Kementerian Kesihatan mendapati masih ramai pesakit yang mengalami jangkitan influenza A(H1N1) yang tidak memberi kerjasama yang baik dalam mengawal penularan influenza A(H1N1). Berikut adalah saranan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan untuk membendung penularan penyakit ini :-
Orang ramai yang mempunyai simptom influenza perlulah lebih bertanggungjawab untuk tidak mengunjungi tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah, melancong, pergi ke tempat kerja atau sekolah serta menaiki kenderaan awam. Perbuatan ini boleh menularkan jangkitan influenza A(H1N1) kepada orang awam dan kebimbangan adalah jangkitan kepada mereka dari kumpulan berisiko.
Mereka yang bersimptom influenza walaupun ringan, masih boleh disebarkan kepada orang lain apabila mereka ini batuk atau bersin. Oleh itu sesiapa yang mempunyai simptom influenza mesti berada dirumah atau jangan mengunjungi tempat awam, tempat kerja atau sekolah sehingga tiada bersimptom lagi.
Sekiranya mereka yang bersimptom tapi perlu juga melakukan aktiviti luar rumah yang amat mustahak, mereka mestilah memakai topeng muka dan mengamalkan kebersihan diri sepanjang masa.
Kementerian Kesihatan ingin menjelaskan sekali lagi bahawa rawatan antiviral hanya diberikan kepada 3 kumpulan berikut tanpa perlu menjalani ujian pengesahan influenza A(H1N1):
* Individu yang mempunyai simptom influenza-like illness (ILI) dan mempunyai faktor risiko.
*Individu yang telah menjalani ujian “rapid test” serta didapati positif, mereka akan diberikan rawatan antiviral jika mengalami simptom jangkitan menjadi teruk dalam masa 48 jam.
Orang ramai juga terus diminta untuk sentiasa mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapatkan rawatan segera bagi mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1).
Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih di atas kerjasama orang ramai. Tindakan tepat anda dapat membantu kami memberi perkhidmatan yang berkesan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICANKetua Pengarah Kesihatan Malaysia
Tarikh: 19 Ogos 2009
Monday, August 17, 2009
BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST-Looking for Beautiful Prince and Princess

Info my Princess:
Nama diberi: Damia Aleya Bt Khairul
Umur:9++ months
~:Esok hari raya..~

Al kisahnya..
Kami berdua 'dipertemukan' secara tak sengaja kat PD masa reunion ex SMsah bulan Jun 2003 dalam suasana yang haru biru..semuanya gara-gara wallet en suami tercicir..
AH Choi sebenarnya ada agenda sulit nak usya saya secara sembunyi2 dr jauh ..sebab tula dia ikut member skool saya pegi PD padahal bukan reunion sekolah die pun..en suami rupa2nye dah lame call2 no fon saye sebelum tu dengan menyamar sebagai Ah Choi..saya layan ajala..ntah mamat mane call. en suami rembat no fon tu dr member saya tu la..itu pun dia buat sembunyi2..
Tapi, agenda sulit tuan empunya badan yang konon-konon nama AH Choi ni tak kesampaian. Sebabnya wallet dia tercicir..siap dia nak pegi report polis dah haa nak laporkan kehilangan wallet.
Dan nak jadi cerita seramai2 umat manusia kat resort tu...saya yang jumpa that wallet..hmm.
Padanla muka kan...Ah Choi kantoi hidup2..hehehehe. Saya cool masa tu, tak hangin pun bile dah jumpa 'ah choi' yang sebenar walaupun bukan dirancang.
Apapun, saya bersyukur ke hadrat Ilahi sebabnya jodoh saya tertulis kat PD rupenye..
Itula..dulu2 berangan nak jumpe jejaka idaman dalam suasana romantik, tengah berjalan2 kat pantai..pastu ceploss, putera idaman muncul depan mata..haha,hmmm..jadi le juga realiti angan2 tu.
Walaupun tepi kolam renang..tp kire tercapaila angan2 sbb dekat ngan pantai juga..hahahaha.
Maka akhirnya, Ah choi dah bertukar menjadi En Suami a.k.a Ateng hehehe..
Di kesempatan ini, saya ingin ucapkan SELAMAT HARI ULANGTAHUN yang kedua kepada En Suami. I Le Biu. muah2.Esok kita nak pegi mana celebrate?Mc D nak?tak pun jom gi JJ Seberang Prai..teringinnnn sangat nak makan Hotdog 1901...heee...
Tidak dilupakan kepada
Mak n Abah - 5 August -anniversary ke 26
My Parents in law; Mama n Bapak-3 August -anniversary ke 34
My Bro n Sis in law 1-abg long n kak jun 20 august-anniversary ke 3
My bro n Sis in law 2-Nazri n Kak ting 28 august[klu tk silap]..anniversary ke 5
My bro n Sis in law 3- ABg Adi n Alin a.k.a Halen 20 august-anniversary ke 3
and juga kekawan yang menyambut anniversary pada bulan ogos..kak ailin, mama tisya..hmm..sape2 lagi..:)...
Semoga berbahagia hingga ke anak cucu..
p/s: Bulan Ogos memang spesel untuk keluarga saya n keluarga mertua..sebabnya semue kawin dalam bulan Ogos..besday en suami pun 6 Ogos..:)
Saturday, August 15, 2009
~Al kisah ..1~
Kebetulan,abah saya ada meeting kat Tiara Beach,Port Dickson..
Kebetulan juga, saya n en suami memang on the way nak ke Uitm Shah Alam jemput adik no 4 saya,Tehah ..sebelum kiterang patah balik ke Upsi nak rai konvo adik no 3 saya,Nisah [brapa byk adik daaa..hehe,saya ade 4 org adik]. Kiterang janji je dgn my parents nak jumpe trus kt Shah Alam je, sblum patah balik ke Upsi..tapi...
Tetiba malam Selasa tu ,saya terfikir sumthing n trus bgtau en suami..'apa kate... kite bertolak awal ,jgn pagi Khamis..kite bertolak malam Rabu ,dah alang2 cuti Khamis tu..kite tak yah gi amik Tehah dulu, kite lajak gi PD..lgpun sian kat mak sorang2 ,abah kan meeting 3 hari tu..' ->ayat menghasut...haha.
Hehe,hasutan berjaya..and finally, tak semena-mena kiterang berada di Port Dickson hari Rabu tu..
Sakanla anak mama sorang tu main air..hmm.
Wednesday, August 12, 2009
The winners for Romantic & Loving Couple Contest
MamaTisya dah wat annoucement hari ni, bile saye scroll down ke bawah ,tgk2 ada nama saye aa kat bhgn saguhati..hehe.Anyway, makaceh ye mamatisya...1st contest ni saye masuk,tk sangka plak ade luck.hehe
Untuk info lanjut tentang para pemenang, boleh dilihat di entry khas yang MamaTisya buat kat blog..
http://mamatisya.blogspot.com/2009/08/winners-for-romantic-loving-couple.html
Kay, tak dilupakan tahniah kepada semua para pemenang..:)
Tuesday, August 11, 2009
Mana tumpah kuah,kalau tidak ke nasi?
'Uuu,kerintingnya rambut...ikut sapa ni?'
pastu jeling pada saya, and kalau en suami ada skali,dieorg jeling dia skali..
pastu slaluunya dieorg akan kate macam ni..
'Hmm,ni mesti ikut mak dia ni...pak die rambut lurus aja...'
Yang sayanye..hmm,sengih aja..pastu angguk-angguk ja..nak geleng-geleng...dah tak larat..iyakan aja apa yang orang lain andaikan..hehe.
Rambut saya lurus aa [eh, beralun la juga]
Rambut en suami pun, lurus aaa [eh,tp rasanya en suami penah straighten rambut kan...?heee]
Tapi, idakle sampai kerinting bangat rambut kami berdua ni..ala2 manja gitu alunannya..hehe.
Bila Damia lahir, rasa excited le juga nampak rambut die ala2 macam kerinting maggi..dok heran juga, mai mana la rambut kerinting ni...hehe.
Tapi bila dah Damia besar sikit ni, barula perasan datang dari mana asal usul rambut dia tu..korang tengok la gambar-gambar kat bawah ni..
Jeng
jeng..jeng..
saja ja saya sikat tepi macam ni..ikut style rambut Tok dad..
Ya..haha
Abah saya ni a.k.a Tok Dad..bangga betui dengan Damia..at last, ada juga yang ikut rambut dia..anak-anak semuanya ikut mak..tengok2 cucu yang mewarisi..susah nak dapat tu...hehe
Tuesday, August 4, 2009
Sweet Moments Baby Love 1st Give Away Contest

Romantic & Loving Couple Contest

2. upload Romantic & Loving Couple Contest picture on your blog sidebar -DONE
3. Buat entry khas ngan tajuk Romantic & Loving Couple Contest(hanya tajuk ini shj yg diterima) -DONE
4. upload only ONE gmbr paling Romantic & Loving anda (selain dr gmbr kawin ye & bkn byk2 gmbr di edit dlm satu frame) & sertakn details spt berikut:
Nama anda & pasangan
Tarikh kawin & anniversary ke brp thn ni
Citer la skit psl gmbr yg dipilih & nyatakn thn bila & lokasi gmbr itu -DONE
5. Dalam entri itu pastikan anda mention & link ke MamaTisya & Romantic & Loving Couple Contest (no link back will be disqualified) -DONE
6. Bila dah siap, tinggalkan link di entri ini, nanti senang MamaTisya nk view entry korang. -DONE
Monday, August 3, 2009
Funniest home video
hehe, ceh..cam apa lagi tajuk entry ni..takdela,kali ni saje nak share video Damia tengah try makan jajan manis yang mak ngah Najah suapkan. Jajan Tok Mi beli dr Beijing..gitu...haha
Siap ada bunyi2 lagi...Damia buat bunyi tu rasanya sebab jajan tu manis sangat kot..dramatik btui. Vid ni panjang tp en suami dah edit lain...kang habis semua orang tak paham,dengaq kami speaking Kedah.haha
Saturday, August 1, 2009
Damia posing
Apa Damia buat hujung minggu ni?
Location: Umah Tok Mi kat Jitra
Date:Hujung minggu