LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, November 30, 2010

Air liur meleleh,cik mia kaki melaram


amboi ada yang cari cara2 masak sambil berbogel ke kat sini?KLIK UNTUK LEBIH JELAS
 Memang ada pun entry pasal masak sambil berbogel pun kat blog saya ni. haha.

cuba tengok SINI. keh keh keh. * kecewala tu lain yg diharap,lain yang keluar.:p

selingan ja tu.

nak citer pasal gambar2 di bawah yang utamanya.

pesal saya tengok gambar2 ni,rasa cam semua gambar damia ni berstatus 'aksi tak bleh blah'.

dengan muka slumber,sibuk je dok cari2 blaus yang berkenan di hati..eh ke skirt ntah di tangan die tu..kunun tak tengok kamera walaupun mama dia cam orang gila dah dok terjerit2 panggil nama mia..mia..tengok mama ni.tengok mama ni.haremm die nak tengok. haha.

eeii..siap.memang saya picit2 pipi dia lepas habis dia 'bershopping' tu.geram nauu.

buat cengkodok ja ngan mama .haish




sibuknye dia pilih cermin mata gelap...ada plak tukang dok layan..hehe

kaki dah lentik,jari2 tangan lentik tak?aisey,tak nampak plak. okla.cukup sifat anak dara sunti.haha
Mane ntah mewarisi bakat bershopping neh?

Bukan saya tau.papa dia pun bukan.

rasa tempias tabiat adik saya, si Najah neh.heh.

Monday, November 29, 2010

trip yang best cuma...

pkl 8 pg Ahad ,kami dah bersiap dan bertolak menghala ke Gurun. budget nak sampai sebelum pukul 10 la ke puncak gunung jerai tu.kang kalau lewat sangat,hilangla pulak merasa kedinginan awanan pagi .heh
mia yang merap sebab masih demam.ali yang cool je tidur spjg prjalanan


driver yang tak berapa puas hati sebab jalan elok.hehe


tapi tetap mencabarla nak pusing2 selekoh camneh




cantik..;)


cantik jugak view sini


haa.yang ni tak berapa nak cantik.


buat2 muka tercengang plak bila kena sergah.
ini pun.langsung2 takmo tengok kamera.


tengok dapat gambar belakang kepala aje mia neh..haish.ali juga yg cool ja eh


nampak awan2an di belakang ali tu?hmm..terasala juga dingin2 nye tu walaupun jam dah nak dekat pukul 12 tghari.


budak yang dah boring dok dalam baby chair


haha.hentam makan banana split n ice blender lak eh.campur plak dgn sky juice.haha.elok la tu.


tengok ali jelir lidah.hehe





view macam oversea..heh
memang nampak view cantik je eh.tapi yang tak berapa nak best nye adalah

view itu hanyalah dari kawasan sekitar Hotel Regency yang berada di Puncak Jerai itu.

kalau orang awam nak saje2 suka tengok pemandangan atas puncak,kenalah park kereta kat luar dan adala laluan pejalan kaki kat area bawah sikit dari resort tu.kecuali slumber je lalu kat guard,dan kata nak tengok2 hotel.heh

Saya agak kecewa sebabnya..seingat saya sebelum kawasan puncak tu diubahsuai, rasanya kawasan tu ada chalet murah je.orang pun punya la ramai masa tu.meriah. yang dok chalet pun penuh.yang jalan saja2 pun ramai.tapi bila dah bina resort berbintang2 cam tu..hmm jadi cam terbatas orang awam nak keluar masuk dan menikmati pemandangan.huhu.standard room pun rm 180++.paling mahal rm500.pergh.

takut jugak eh.itu yang berhenti makan banana split kat cafe resort tu.hehe.

*kesian jugak bila tengok ada yang naik sampai puncak tu..bile tengok signboard hotel tu,trus tak cuba nak masuk.padahal view cantik memang boleh tengok dari hotel tu je.

pada pendapat saya..chalet murah tu patut dikekalkan.cuma dibaikpulih ajela kalau nak tarik perhatian orang. rasa cam silap je bile buat hotel berbintang2 camtu..sapa nak gi tidur situ tu?mahal.orang Kedah pantang mahal2 neh.hehe

Saturday, November 27, 2010

test drive

huhu nak nek gunung jerai jalan cantik dah rasanye.klu cenggini,saya nak tunggu en suami naik ajala .saya tunggu bawah.
ada orang tu ajak test drive lori die naik gunung jerai esok pagi

boringla tu,hari2 lalu highway je takde jalan mencabar skill pemanduan.

ok no problem.

jangan kata gunung jerai,nak pi gunung lain pun takpe.janji boleh jalan2 cari makan :d




Friday, November 26, 2010

3 kali cuci periuk

*korang dapat saksikan masa post ini diwujudkan?1.44 pagi.haha.en suami dan anak2 sedang berduet tidur.awal la juga.maka mama pun bulih sukaria di alam maya.cuti kan esok..dan esok..dan esok..dan esok..esok..esok..:p

Sebelum saya coretkan cerita pada setiap gambar yang ada ni, saya nak ucapkan SELAMAT DATANG ke dalam famili cikgu zul kepada ahli baru iaitu En Rahimi.


tanak stori sangat pasal hal nikah derang.sebab majlis kebom kebom bulan 12 nanti .gambar pun tak leh nak tepek banyak2.kang jadi pengantin basi.hihi.


Tak leh letak gambar pengantin sangat.jadi,mari kita letak gambar kameraman banyak2.:P

 
*gambar2 diamik dari blog kameraman iaitu en ameng.




nak selit sikitla cerita pengantin berdua ni iaitu Pn Nisah dan En Rahimi. cuci periuk belanga belakang rumah.nasib kenduri nikah tu periuk ala2 manja je saiznye.masak sikit aje,utk sedara mara n jiran2 dekat2 je.

Hangpa tunggu kenduri besar nanti.2 kali lagi nak bertemu dengan periuk2 belanga.
korang2 di luar sana..ada korang cuci periuk,bersihkan rumah lepas majlis korang dulu?

tak buat ek?hehe.takdele sentimental value di hari bersejarah. kisah mencuci periuk belanga selepas kenduri kawin.

saya dan en suami cuci tau.lepas kenduri rumah saya,ok la sikit sebab cuci2 sikit saje  sebab kiterang guna khidmat catering ja.habis dah semua peralatan,tuan catering angkut.

tapi,masa kenduri sebelah en suami di bofot sedikit mencabar..haha.siap singsing lengan baju kelawar la haa nak tonyoh periuk.hihi.gambar ada.tapi tak nak tepek la..buruk benor..:P

tutup cerita cuci periuk. meh layan gambar 1 hari selepas majlis tu.

bersuka ria di hosba resort.

gigih eh adik ipar tua saya neh.tiup pelampung utk anaknya si echa.tok dad sempoi dok tnggu nak masuk pool

kolam ni besar.dari hujung kiri,sampai ke kanan tu..penuh dgn sanak sedara saya saje.


semua tak mandi pagi ni,tu gelak2..haha
aksi tak boleh blah.eksyen semata2.

cuba jangan teka yang mana 1 saya.haha
ke korang dapat teka juga?saya tak timbul pun sebab tenggelam terus ke dasar kolam.haha.berat weh,air tarik sampai ke bawah...hihi

pang kang,peluk2 laki die plak.


ni pun nak kena pang jugak ni.galaks le tu.



yang kak long ni dapat peluk pelampung anak sajalah kiri dan kanan. laki i berkhidmat utk bos dah hari raya kedua ni.sob sob.awat la penang keja dah eh raya haji kedua tu?menci btul.
Mood minggu ni:semua yang main air hari Khamis lepas,kebanyakan kena demam kura2.termasuklah saya dan anak2 dua orang itu.kasihan ka padan muka?half half la.heh.

Tuesday, November 23, 2010

lori banjir

ada yang teka motor.ada yang teka kereta masa saya citer en suami dok tunggu bini baru.
semua salah.
sebenarnya bini baru yang ditunggu en suami adalah lori neh.


cukup sifat.besar.lasak.gemuk.
macam madu dia.hohoho



saya tau yang en suami rindukan kampung halaman.sebab tu dia beli lori yang serupa bapak di bofot.

pasni,bolehlah cik berry beristirehat di rumah.sebab dah ada yang nak mengganti beliau ke hulu ke hilir.


still mood kagum:sebab madu i ni pakai diesel.12 sen per km.sekali ganda dari cik berry.balik jitra yg dkt 150km tu,isi 15 hinggit pun cukup.


kami tak kaya ye kawan2.lori ni hutang 9 tahun.:).cik berry pun ada lagi 5 tahun.puan macang manis ,ada lagi 30 tahun..heh.

anak2 moody,mama triple moody

gemuk dan kulit tan.

kurus dan perasan comel

dua-dua dah kurus. di depan mangsa keadaan,yang belakang pembuli
Damia dan Ali moody dah 2 hari. demam,selsema ,merap nangis2.bila dua2 berduet merap tu,tu yang mama depa rasa nak nangis jugak tu..huhu.nangis la ,tak cukup tangan.:(

sempat ek berblog,anak2 demam pun.->schedule post la weh

oh,inilah ajelah hiburan daku di kala berseorangan menunggu suami pulang kerja...selain rancangan astro ulang2 doploh kali sehari tu.:P

Monday, November 22, 2010

cuti bersalin 90 hari,best ek

syiok ek pikir cuti sekolah yang panjang.ye la tu..takde maknanye

suspen je ritu,sebab risau nama tercalon jadi pengawas exam spm.tiap tahun, dicalonkan tapi sekadar calon..hehe

tapi setakat 3 tahun pertama memegang title cikgu ni,saya belum layak. syukur ke?ya.ya.ya.hehehe

maka,cuti sekolah saya sebelum ni penuh dengan aktiviti kekeluargaan...:P

post saya dah permanent la weh star next year.

no ngelat2.ni pun dah terasa aura 'sibuk di masa cuti' sebabnya hakikatnya saya tak cuti pun.

kebiasaanya,semua guru dwajibkan hadir ke sekolah mengikut  jadual bertugas di sekolah hujung2 dekat habis cuti bulan 12 nanti,tapi saya tak pun. khamis ni ada meeting ngan jawatankuasa Skpm sekolah.

next week,after meeting ..maka sayala tu kena key in segala data skpm tu. tataula bila boleh selesainye..huhu

so,sape kata cikgu banyak cuti?huhu.actually,saya pun baru tau yang pihak pentadbiran sekolah berhak ke atas 1/3 dari jumlah cuti sekolah cikgu2.yang bermaksud,kalau tiba2 cikgu terbabit diperlukan khidmatnya semasa musim cuti, wajib hadir.no excuse.

cuti rehat khas[CRK] pun cuma 7 hari dalam 1 tahun. sedey kan?

sudah berakhir musim cuti sekolah hoya2 seperti thn2 sebelum ini.

ciat-cita nak jadi surirumah sepenuh masa cuti ni,kena cancel la kan ke satu masa yang belum ditetapkan lagi..haha.

haa sebut pasal cuti ni teringat saya pasal cuti bersalin 90 hari yang diluluskan PM baru-baru ini.

ada yang berniat nak amik cuti penuh ek 90 hari tu?better jangan..:p

contohnya mcm kakitangan kerajaan wanita, sebelum ni layak bercuti selama 300 hari sepanjang berkhidmat. 300 hari tu,masih dikekalkan.cuma jumlah utk 1 kelahiran kalau sebelum ni layak 60 hari,maka sekarang diberi pilihan untuk lanjutkan selama 90 hari.

kirenye sebelum ni dgn cuti 60 hari bersalin, maksimum kelahiran yang layak adalah 5 orang anak.

so,kirenye sekarang ni,macam saya dah guna 120 hari cuti bersalin[2 kelahiran],maka berbaki 180 hari lagi la kan[3 kelahiran].

jadi,kalau saya plan nak anak lagi 3 orang,saya tak bolehla lajak amik cuti bersalin utk anak ke 3 dan ke 4 sampai 90 hari.nanti anak yang ke 5 tu,dah takde cuti yang tinggal!

haha.eceh.macam masalah besar pulak kan.ntah bile nak beranak pulak. en suami kata,tunggu damia pandai urus Ali.erk?lama lagi tu.isk.

btui ka nak 5?haha.

nak.nak.macam saya kata,sebelum ni..kalau boleh nak 10.

verangan aje tu..

jadi,pada yang plan setakat 3 orang ja tu, korang bolehla balun habiskan 90 hari cuti bersalin itu...;)

selalunya

selalunya memang saya banyak cerita

memang banyak pun

tapi tatau nak mula yang mana dulu

melihat entry yang kosong tanpa bait2 patah perkataan ni,kesian la plak.

jadiknya,cuma ikut gerak jari di keyboard aje taip apa yang hati kata

apa cerita-cerita yang nak diceritakan?

hmm.ntah.

lupa dah .nantila .esok sambung cerita semula.

saja ja ni,gian nak menaip..:P

Monday, November 15, 2010

adik ipar tua dan muda

adik ipar yang muda berkuatkuasa 18 Nov ini

adik ipar yang tua dari aku..cuba teka umur hasben laki adik aku neh?konfem ramai salah..hoho

abang sulung yang rasa dia muda..[apakah?]
menantu-menantu kesayangan mak.*nyampahss..

Saturday, November 13, 2010

sama tapi konfem tak serupa




apa yang sama kedua2 gambar di atas?

baju yang dipakai mak pada raya 2009 dan saya masa lawatan ke alor star tempoh hari.

pecah lobang kan.belasah baju mak sendirik...hoho

mak saya tengah clearkan stok baju yang dia tak mo pakai dah..so jangan membazir .rembat aje bawa balik kulim..heee.

korang caya tak,mak saya jarang pakai baju yang sama utk apa2 majlis ?kadang rs mcm setiap kali ada kenduri or majlis,dia akan jahit baju baru.dia rasa boring je,buat baju lain.boring je ,buat baju lain.

mak ada letak satu mesin jahit dia kat rumah saya ni.dengan harapan kot2 saya nak cuba2 guna. hmm. bila tatau nak guna.skrg ni gunala jg,buat letak bajuyg dah lipat..hehe.gamaknya tunggu mia la kot nanti mewarisi mesin jahit tu...hahahaha.

motif ke-2 gambar di letak: saja nak gitau,yang saya dah sama saiz dengan mak.ha.ha.harap maklum...:P

Friday, November 12, 2010

Hutang isi rumah

Semalam masa tengah tengok berita tv3,ada topik tentang Hutang Isi Rumah.Rakyat malaysia adalah juara Asia. Rakyat Malaysia paling tinggi berhutang untuk perolehkan kelengkapan rumah, rumah dan pengangkutan sendiri berbanding dengan negara lain di Asia.

Saya not sure la kan,perkembangan itu positif ataupun negatif bagi kesan jangka masa panjang kepada ekonomi negara.

Saya tak berapa kisah la pada yang berpendapatan tinggi  atau berpendapatan sederhana pun..hmm..kira quite ok la kalau pandai menguruskan kewangan. Tapi yang saya risaukan ,adalah pada golongan berpendapatan rendah yang pendapatan seisi rumah di bawah RM2000. Mereka ini boleh dikatakan paling banyak mendapatkan pinjaman bank untuk beli kereta,beli rumah,beli perabot,beli komputer..pastu hutang plan drag sampai 10-20 tahun..err?

Saya pernah terpandang la kan salinan gaji seorang staf sokongan sekolah .bukan nak tengok,cuma terpandang dan bacala of cos. sekarang kan slip gaji online ja haa. Pn kerani rajin print satu2.itu yang boleh terpandang slip orang tu,sambil2 nak cari nama sendiri..hehe.

 Gaji tak sampai 2000 pun termasuk  elaun2. potongan angkasa rm800.potongan bank rakyat rm500. baki 700? Sambil keluar dari ofis, saya dok congak2 dalam kepala..berapa budget depa makan sebulan?minyak kereta?bayar rumah?duit anak2?bini? huhu..mungkin,bini dia ada buat kerja sampingan untuk menampung. mudah2an.

Saya rasa AKPK perlu buat roadshow la 1 Malaysia..bagi kesedaran pada semua. Saya tingin jg nak ikut khidmat nasihat AKPK...ilmu pengurusan kewangan adalah tahap di bawah paras beku je rasanye.

nota dari kaki saya: tengah draf azam untuk tahun 2011. salah satu yang akan masuk dalam list azam adalah, berbelanja secara berhemah dan kurangkan hutang sampingan seperti membeli kain baju secara ansuran.hehe.

Wednesday, November 10, 2010

Telekung Kanak-Kanak Special Edition

Maklumat lanjut di


 
Damia dan saya



eh..eh..salah orang yang pakai.hohoho

Mencari Jodoh di Intenet

Boleh...tapi hati-hati ya.huhu


nanti lain dicari,lain yang dapat.


Tadi saya berjalan2 membaca di webblog ini


http://webblog.myjodoh.net/2010/08/02/sendiket-penipuan-di-myjodoh/


Kasihan sebab ada yang kena tipu.


Emel mat Nigeria,Arab la..
minah Salleh la..kata nak berkenalan.huhu.mungkin ada yang betul2,tapi saya aci kerat jari,temberang ja lebih bila emel2 macam tu..


Saya ada banyak id emel. Dan salah satu darinya,saya jarang bukak. Bila buka,haa nkau..ada dekat 2000 emel.


bukan setakat emel nak berkenalan.emel kata nak bagi harta kat Algeria pun saya dapat.
emel kata ,saya menang loteri..pun berlambak2.haha.


Spam,scam la semua tu..jahat.jahat.jahat.


Saya pernah menyaksikan insiden penipuan melibatkan intenet ini di kalangan ahli keluarga sendiri.Dan saya dapat rasa betapa seriusnya perkara sebegini mampu memberi impak pada hidup..


Jadi berhati2lah..


tapi, bukan semua foreigner yang berniat jahat...;).Ada yang lagi Melayu dari kita.

korang tengok ni..


comel eh ,hubby akak Lemongrass neh pakai kain pelekat


anak 2nd akak ni,yang saya admire sgt sebab rambut macam Mia. akak ni gelarkan anak2 die, Miss 11 n miss 7.


miss 11 n miss 7


sweet couple
sekali dah baca 1 entry , terus menerus saya baca ..tgk2 dh 2 jam..haha.wei laki dah nak balik keja.dah2,jom gi masak.heh


korangla plak sambung berkenalan dgn akak ni..;)


di blog  http://salam2benua.blogspot.com/ 

Pelancong celup

Sapa mai Kedah,tapi hangpa tak pi Muzium Padi,hangpa rugi. Rugi sebab selain dari pameran-pameran barangan dan sejarah tentang asal usul penanaman padi di Kedah,hangpa boleh naik kat atas puncak muzium dan menyaksikan panorama indah kawasan sawah padi sekitar Alor Star. Yang bestnya..sebab sambil tengok pemandangan.boleh duduk bersantai dan menghirup udara nyaman dari aircond! special tuh.Sapa kata Kedah panaih..?hehe

Bila ada ja kenalan atau sanak sedara yang mai Kedah, saya memang suka ajak datang muzium padi ni. memang semata-mata nak ajak naik tengok pemandangan sawah padi tu. Saya pun tatau dah berapa puluh kali dah saya masuk Muzium Padi ni..haha.
So,no wonder..saya adalah pemandu pelancong berjaya kepada anak2 murid saya. heh

Ni lawatan sambil belajar Tahun 5,bawah Program Kajian Tempatan yang diadakan pada Isnin, 1 November yang lepas. Masa kiterang gi neh,memang hujan sepanjang hari..langsung2 tak berhenti. Sungguh tak sangka,elok ja balik Kulim, esoknya ayaq naik.huhu.Alhamdullillah ,banjir tu lewat sikit sampai. Klu dak ka, mau tidoq Aloq Staq malam tu dengan anak2 saya tu ..
CIkgu Yati n saya .suka eh muka saya..lame tak naik bas.tu ciwi tu.

Entrance nak naik ke 'puncak Gunung Keriang'

shadap!jangan komen gambar ni. saya tau saya kemetot


 
sedey meh tgk gambar neh..huhu.pemandangan indah keliling alor star..saat dan tika ini,macam laut seluruh kawasan ni....huhu
 

suka suki
 Kawan-kawan sekalian,pemandangan sawah padi itu hanyala sebuah lukisan. Yang menarik sangat tu, bila naik ja platform berputar kat situ,dan tengok lukisan tu..tak terasa macam lukisan pun. Memang real gile.nampak sayup2 je sawah padi tu..memang terasa macam dok atas puncak gunung dan memandang ke bawah. Kontroversi jugak neh,lukisan ni masa awal2 ditempatkan kat situ..sebab juta2 kan. tapi,ok what..tak rugi pun.orang tak pernah putus datang melawat. Lukisan tu kalau tak salah,dilukis oleh ratusan pelukis yang dibawa khas dari Korea. 6 bulan tempoh orang-orang Korea tu,amik masa nak siapkan lukisan neh.

pulun jangan tak pulun tumbuk..hehe

pesawah berjaya

cikgu nasa n cikgu kamal bersama cikgu yati posing dpn padi tipu2.


kerbau comel
Muzium Padi ja ka pi hari tu? tak jugak. Kami sempat pi Pusat Sains Negara cawangan Kedah..series best.sama je dgn Pusat Sains Negara kat KL nun..dan Muzium Negeri. ikut plan, nak pi melawat menara alor star, rumah kelahiran mahathir, istana anak bukit  tapi semua cancel. sebab hujan yang tak berhenti2 spjg hari..huhu

sebelum balik,sempat singgah Pekan Rabu..shopping sakan budak2 ni haa. hehe.

nota dari kaki saya: Syok weh jalan2 kat negeri sendirik,snap2 gambar tanpa rasa segan silu, kunun2 macam pelancong. masa lain,jangan harap. malu eh..haha