Empat
Monday, April 26, 2010
Gembiranya rasa hati hari ini
Empat
renggah reyau
aku bukanlah superman
aku juga bisa nangis
jika mama
pergi meninggalkan aku

papaku selalu berkata padaku
laki-laki tak boleh nangis
harus slalu kuat
harus slalu tangguh
harus bisa jadi tahan banting

tapi ternyata aku tak sabar nak susu
Ali lagi cembeng dari Mia kecik kecik dulu..hehe
Sunday, April 25, 2010
Tak pa aih kawin ngan alien
baik la dari hang tu,kawin cerai 3-4 kali
itu suara dalam hati saya saja
Saya bukan dia ^^
anak alien yang ni plak dah pandai renyih.rambut pun cacak macam papa alien die..hehe
Saturday, April 24, 2010
Pengalaman saya dalam usaha membuntingkan diri
Dak.dak. Ni bukan entry nak kasi tips ke hape.Cuma nak berkongsi cerita tentang betapa terdesaknya saya masa mula2 kahwin 3 tahun lepas. Nak sangat2 pregnant sampaikan mengigau dan terbawa2 ke dalam tidur..huhu. pathetic
Tanyala mana pompuan pun, bila dah kawin..rata2 punya matlamat yang sama iaitu memiliki zuriat sendiri.
Bila bulan pertama berlalu, rileks lagi.
Masuk bulan kedua, hati dah mula dup dup dup dup
Masuk bulan ketiga,lewat period 1 hari pun,dah tergedik2 gi Watson beli upt.sayala tu.
Masuk bulan keempat, akan mula terdengar ngeeengggg sini..ngeeenggg sana..suara orang berbisik2 tanya..'Dah berisi ke belummmmm,lummm..lummm...lummmmmm....'[dalam nada gema] Tension otak . Serius tak tipu.
Saya dulu, memang depends dengan jawapan en suami je klu orang tanya..
Dalam hati ni,Allah ajela yang tahu..betapa desperado nye diri ini nak ada anak...suami saya rileks je pun, saya yang terkinja kinja sangat.huhu
Dan satu perkara saya paling tak boleh lupa..
masa perkahwinan kami nak cecah 6 bulan..
Ada satu malam, saya terjaga dari tidur. Hati tak keruan, gelisah semacam. Alih2 saya terpandang telekung & sejadah kat ampaian kain.
Untuk pertama kali dalam tempoh 6 bulan kawin tu, saya buat solat hajat pohon Allah kurniakan kami suami isteri zuriat sendiri.
Sungguh2 saya menangis atas tikar sejadah tu..minta Allah ampunkan dosa2 saya
sebabnya saya pernah sampai terfikir yang saya ni manusia paling malang atas muka bumi
Dan sesudah solat, saya lipat kain sembahyang,lipat sejadah.Dan baru boleh lelapkan mata
Since that day, hati saya mula tenang..dan dah tak meracau2 ataupun mengigau2 teringat pasal anak lagi
Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani hamba hambaNya
..saya mengandung bulan berikutnya.
Saya akui kealpaan diri ini...
Kadang kadang kita manusia mudah lupa
kita ingat seketika dan kadang kadang lupa padaNya
sedangkan Dia..tak pernah lupakan kita walaupun sedetik..
Thursday, April 22, 2010
30-Days Diet-End Result

Starting weight:78.4 kg
Final weight: 74.2 kg
Saya baru pergi one and half sesi. Sungguhla banyak toksik & lemak melekat dalam isi ni..itu yg cepat je kilo turun. Chaiyok2.utk diri sendiri.
Saper menang weh,shiken?^^
Pengajaran untuk diri sendiri:
1. Cara makan yang salah sebelum ni punca berat saya naik,tak turun2.Jadiknya, sekarang saya adalah penggemar sayuran plus buahan..dan juga memaksa diri menjadi.....
2. Penggemar air masak. Saya dah beli tumbler ade sukatan ml tu lagi haa..sebagai peringatan yang brapa lg ml yang perlu dihabiskn utk satu2 masa.
3.Banyakkan aktiviti kuarkan keringat..tapi bukan cycling & swimming macam hangla,atul.lol
Treatment yang tengah saya ikuti tu mungkin sebagai pemangkin aje. Apapun diri sendiri juga harus sentiasa diingatkan...:)
Perlukah aku tampal gambar dulu & sekarang?haha.
Tunggu aku habis semua sesi nanti,baru aku upload.lol
Wednesday, April 21, 2010
One day mungkin ia pergi jua
Sunday, April 18, 2010
Mia bam bam , Ali bob bob



Bila Ali mandi, Mia pun nak mandi..senget jugaklah mama ni..nak kendong si bam bam sambil nak mandikan si bob bob .^^
Saturday, April 17, 2010
Saya tahu korang pikir apa
Ali punye?tak dak. Sebab lepas tahu resultnye dulu..saya ala2 panik gitu. Trus ditongsampahkan.hoho. nyesal la plak buang. Klu dak,bulih simpan buat kenangan.
Tali pusat anak ,ada tak yang simpan? Saya masih simpan untuk kedua2 anak saya tapi idakla nak framekan bagai..padahal masa bujang dulu,siap berangan nak amik gambar anak hari2, nak simpan footprint anak la, nak tulis diari ttg anak hari2..tapi satu hapa pun saya tak buat.*terukkan?ntahla makin lama kawin ni,makin kurang plak feel sentimental saya ni..ikut papa depa dua ni la..huhu.
Wednesday, April 14, 2010
Jahat tau.jahat.jahat.jahat
Alasan. Saya cikgu baru
Alasan. Saya budak degree. Budak sains komputer lagi haa.
Alasan. Saya tak takut komputer.[?]
Alasan. Saya muda lagi.
dan kemuncaknya,
hari ini saya langsung tak ke bilik mereka mereka itu.
saya cuma berhibernasi di kelas bersama anak2 saya YANG SUDAH HAMPIR 2 MINGGU TERABAI.....
Telefon berdering ring ring ring...kubiarkan saja.
TPM soh fokus mengajar.fokus.fokus.
Inilah nasib guru sekarang. Baik bagi skali elaun kerani kat kami.uhuk uhuk.Esok pun, saya nak mogok. asik nak cover kerja mereka mereka saja. Mereka ada nak pedulikkkkk kerja saya ?
Tuesday, April 13, 2010
Tidak sabar untuk memiliki
sebab
..dalam proses memiliki rumah sendiri.
walaupun bukan rumah yang BESAR, dan juga bukanlah rumah yang BARU tapi saya rasa gumbira sangat sebab impian untuk memiliki rumah sendiri dapat dicapai dalam tempoh terdekat.Dulu awal kahwin, budget macam nak tunggu lagi 5 tahun,tapi bile pikir2 dan bincang dengan en suami, kami membuat keputusan untuk beli je rumah yang kami sewa sekarang ni. Harga rumah pun makin tinggi bukannya makin rendah. Entah2 dalam 3-4 tahun lg, nilai rumah yang kami nak beli ni,akan jadi semakin mahal. huhu
Lagipun, kami dah selesa dengan rumah sekarang ni. Semi D single storey. En Suami tidak berminat untuk membeli rumah 2 tingkat. Katanya, nanti tua2 ,bukan rajin nak panjat tangga.Dekat dengan sekolah, dekat dengan pengasuh Mia Ali, nak balik Jitra pun tak sampai 2 jam. Nak balik Sabah pun..tak sampai 2 jam juga ^^. Cuma perlulah di touch up sikit2 rumah ni kasik lawo..tukar2 perabot pasang siap kiterang tu,cat2 sikit..:). agak2 dalam 15 tahun lagi, loan rumah pun dah banyak bayar, bolehla nak tambah bilik lagi ..nak buat bilik pengantin Mia Ali. Semalam,saya bersembang dengan Mia siap dah gitau die..nanti 15 tahun ,mama nak tambah bilik . Tanah pun luas lagi haa belakang dan tepi, siap boleh tambah 2 bilik lagi.hoho. Macam la dia paham. Oh, sekarang saya dah tau macamana perasaan excited mak saya bile anak2 perempuannya kahwin. saya pun, Mia kenit lagi pun dah berangan nak tengok dia kawin. Isk isk
Doakan ye,semua proses pembelian berjalan dengan lancar...(",). Dan seterusnya, simpan impian dan juga duit..untuk renovate rumah pulok..^^. Moga2 dimurahkan rezeki kami anak beranak..aminn
Saturday, April 10, 2010
Saya sudah pegi London
Kpd yang folo blog saya ni...eceh,ramai ke yg folo?hehe. Mesti sudah tau kan janji yang saya tuntut pada en suami. Nak ke London. London Weight Management lah.
Maka,semalam..saya pun menghadirkan diri ke branch LWM di Perda,Penang.
Trial session ni,macam yang korang tengok kat tv itula..*free katanya. 1 sesi tu merangkumi 3 treatment basic iaitu 10 minit sauna, 20 minit dimasukkan dalam hot blanket setelah seluruh badan disapu dengan srub dan last skali seluruh badan akan disapu dgn sejenis liquid untuk pecahkan lemak,kemudiannya akan dilekatkan dgn gel pad yang berwayar2.Kemudiannya, mesin mengurut akan menjalankan tugas selama 30 minit.
Berat saya sebelum sesi: 78.4kg
Selepas trial session: 76.7 kg
Hoho, jangan kata korang..eden pun teruja bila naik penimbang tu selepas habis sesi.
Menurut consultant LWM merangkap consultant untuk saya ,si Yvonne..saya ni termasuk golongan yang gemuk air. Toksin pun banyak dalam badan. Sebab tu,penurunan berat saya agak ketara.tapi,ada yg turun sampai 3kg tau..huhu. Jadinya dia mencadangkan Lavender Lypo treatment untuk 20 sesi. Saya tak amik la 20 sesi..itupun pejam mata je setuju dgn 15 sesi.
Apapun, makan kenala juga jaga... Si Yvonne tu,tak bagi skip makan. Lagi skip makan, lagi kuat melantak kata dia. Hmm,btul la tu...dan sebelum balik, LWM kasi free gift 1 kotak Express Coffee London, 1 sachet salt srub dan 2 tiub liquid pemecah lemak untuk trial session ni.
Sesi pertama saya akan bermula minggu depan. Tapi korang..tengokla dulu saya tak janji nak update by session, kalau penurunan berat badan memberangsangkan..saya akan update blog. Hoho...
Hasil pot pet pot pet dengan beberapa orang customer tetap London, saya bley buat kesimpulan kebanyakkannya berpuas hati dengan service London ni. Dan saya agak terlopong bila,, saya perasan salah sorang akak yang saya sembang tadi,rupanya bertudung labuh..body mmg mantoppp kalau tak salah pandangan mata rabun saya ni la masa tengah sembang kat bilik sauna sebelum tu. Dah dah jangan korang dok imagine plak body akak tu camne, akak tu saya amik sbg motivasi untuk diri sendiri...huhu
Melawat abang botak
Tempat: Kem PLKN Bukit Besar,Kulim
Tarikh: 10 April 2010
Abang botak saya maksudkan adalah adik bungsu saya si Ameng.^^. Inilah satu2nya adik saya yang tak pernah berenggang dengan mak [disbbkan dia takmo dok asrama],jadinya Ameng ..ang tak bley la marah ,oghang panggil ang anak mak..hoho
Inilah juga satu2nya adik lelaki yang ada. Dan inilah satu2nya adik bradik yang terlekat namanya dalam senarai PLkn. Makbul doa mak saya ,adik saya ni tersenarai sbg pelatih Plkn..at least, adala juga persediaan kpd dia sebelum melangkah keluar ke mana2 IPT.sapa penah dok asrama, pahamla maksud saya...persediaan macamana yang saya maksudkan...(,")
Kepada rakan seangkatan adikku ini, ampa jangan marah kak long naa..abg botak tak kasik letak gambar dia dalam blog. Kepala dia dogol weh..hohoho. Ini je gambar2 yang diluluskan..ceh,mcm adik saya tau,kalau saya upload pun..haha.Uish,tak baik..orang dh kasik amanah..kenale pegang..:)

Selebihnya,sapa lagi? Makhluk wajib dalam kamera..of cosla cik mia dan ali..
Monday, April 5, 2010
Selalunya saya baca kisah sebegini di dalam Harian Metro
Saya rasa nak pitam masa mengajar Tahun 3 tadi. Alahai anak-anak murid saya ni..
Saya pun sampai tak tahu nak tunjukkan reaksi yang sesuai bila masa tengah kusyuk mengajar,tiba-tiba..
"Cikgu,cikgu..tadi kan A****[biarlah rahsiakan nama that boy] ajak S********[saya rahsiakn juga nama that girl] masuk toilet pastu A**** tunjuk anu dia kat S********.",sorang budak datang kepoh dengan saya.
Berderai kapur atas lantai disbbkan saya terlepas kapur tu ,terkejut eden weh. Apa depa buat dalam toilet tu?Aduila...
Apa tindakan saya lepas saya dapat tahu tu?
Korang agak apa?
A.Lempang that girl & boy laju2.
B.Maki hamun budak berdua tu, and then bawa gi jumpa cikgu disiplin
C. Call parents dua2
D.Bagitau GB dan GB akan buat meeting tergempar.
E. Saya diamkan aje
Budak umur 9 tahun weh..9 tahun..arggghhh....aduila....
Kisah terbabit telah diakui sendiri oleh budak berdua tu. Maka esok, budak dua ni akan diberi kaunseling khas. Mak ayahnya akan dipanggil untuk sesi kaunseling berikutnya.
Kes sebegini sememangnya banyak terjadi pada budak yang datang dari broken family....
tu la...Cikgu ajaq ,ampa malaih nak dengaq,benda lain pulak ampa advance ..
Update One Month Bigger Loser
End Date : 21/04/2010
Hampir 2 minggu dah contest ini tapi kemajuan diri saya ala2 suam susu botol Mia je.Untuk kedua kalinya,tadi lepas punch kad, saya timbang berat. Nampak macam turun lg 1kg . Weighing scale tu bengong kot,saya ketuk2 skali.Pastu saya timbang semula.Ha ah.bengong.tak turun pun berat. Cis.
Weighing scale itu ditempatkan tepi mesin punch kad tu. Kiranya,sapa je lepas punch in boleh le timbang berat. Nanti sebelum punch out pun, selepas melantak kat kantin,bolehla skali lagi naik penimbang tu. Penimbang tu mungkin dijadikan motivasi ataupun juga peringatan . Trima kasihla GB,buat susah2 aje sediakan penimbang tu..musti target user dia, cikgu2 pompuan yang silih berganti memboyotkan diri ni including me. Team perut boyot saya[saya dan 2 orang lagi ,cikgu pra sekolah & dan sorang lg ustazah] dah menyelesaikan misi. Tahun ni, ada 4 orang lg cikgu akan meletop..itu pun berturut2 mcm kami hari tu jugaklah.Mesti korang pikir,produktif btul cikgu2 skolah kan..maunye tak,cuti sekolah kan banyak..^^ ..tak pasal2 ..heh
Diet pun, diet hangat2 tahi itik je kot..memang kadang2 saya tak sempat makan . saya tipu je tak sempat makan,kadang2 pagi sempatla bedal kuih 2-3 biji dan semalam brunch nasi lemak.
Lunch memang saya skip. Ini kes memang betul2 tak sempat sebabnya dah balik sekolah,dan menguruskan anak2 ku itu.
Malam, saya makan ikut apa yang saya masakkan untuk suami. Nasib laki i tak reti makan gulai gemalai,sayur lemak etc semua masakan yang berlemak2,kalau idak,sodappla tekak saya sental sekali...heh.
Haish, diet pekebondonya..diet hancur namanye ni...
Saya baru borak dgn akak kedai buku tadi, dia ajak gi aerobik kat tasik tp hujung minggu. Menarik tu. Damia akan temankan saya le cenggitu. Poco poco la kami anak branak nanti..heh.
Saturday, April 3, 2010
Sila pandang ke timur. Bukan timbang guna dacing mahupun bukan tengok roket atau bulan kat atas.
Kiranya, dikuatkuasakan undang2 jalanraya setegas macam saya senaraikan di bawah, saya nak tanya korang..korang sanggup ikut ke tak?
1. Untuk perbaharui lesen memandu setiap tahun anda dikehendaki mendengar ceramah jalanraya terlebih dahulu sekurang2nya 30 minit.
2. Kiranya anda didapati memandu laju melebihi had yang dibenarkan, anda akan disaman sekurang2nya RM 4000. Tapi,jumlah saman boleh dikurangkan sekiranya anda menghadiri sesi ceramah di jabatan polis trafik.
3. Anda dikehendaki mengangkut sendiri sampah ke tempat pelupusan dan dikehendaki membayar untuk membuang sampah terbabit,rm 100 untuk setiap 100kg.
Kalaulah undang2 sebegini dikuatkuasakan di Malaysia, mau mencarut orang2 ABI..^^..tak kurang jg orang dacing dan juga orang bulan. Itu kalau nak kira jangkaan reaksi dari suasana politik Malaysia sekarang la..ataupun akan ada yang berbunyi..'saya takut lor,nanti polis tembak sesuka hati mereka..'
Kalau orang awam plak.. jenuh la Karam Singh Walia nak layan orang awam buat Aduan Rakyat claim kata gomen zionis.
Tak pun, berduyun2 rombongan buat laporan polis, hantar sms maki hamun kat pak2 polisi. Dan ada juga yang akan mengadu kat press luar..;)
Inilah imej rakyat Malaysia yang saya cintai sekarang . Cepat melatah. Tak sempat nak laksanakan apa pun, dah terpekik terlolong..
Korang tau, undang2 kat atas tu..undang2 negara ‘zionis’ mana?
Japang ,hokeh..Japang....
Saya masih terfikir2 bilalah agaknya mentaliti orang Malaysia akan maju sikit,selagi tidak berubah..selagi itulah Malaysia akan sentiasa ketinggalan..
Jadi,pandang2la ke timur..
Sudah2 lah bergaduh sesama sendiri, muak dah tengok.
Tiba masanya,perlu mengorak langkah
Thursday, April 1, 2010
Wahai kekanda, masih ingatkah kekanda,janjimu padaku suatu ketika dahulu?
en suami kata, dia tak kisah saya macam mana pun
dulu masa bercinta pun,saya bukanlah kurus .tapi tak la,sebesar sekarang.haish
en suami kata, takpa..nanti kalau kawin,beranak makin gemuk.. boleh pegi slimming centre
ini dialog 5 tahun lepas.masa tengah bercinta
Ok, cinta sudah terbukti. Berkilo2 lemak dibela sepanjang preknen 2 kali ni.. Tak baik merungut, tak ikhlas.
Maka Dinda mahu beristirehat sekarang.sementara waktu
Bak sini,duittttt.
Dinda nak gi transfer jadi adik Erra Fazira..hohohoho
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
shiken,
1 minggu ni, 1 kilo ja aku turun..
itu yang perlu mengoptimumkan usaha ni..^^
Saya bukan nak slim melim, cuma nak kembali kepada donat yang asal. Bukan donat terlebih yis macam sekarang.